Sunday, 9 February 2014

Jangan Bercita-cita Untuk Mati


Assalamualaikum sahabat blogger...

kadang2 ada orang ckp ayat ini..:
''baik aku mati,pada aku hidup''

kita xsepatutnya berkata-kata seperti itu..


Dari Anas :Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian berdoa untuk mati dan janganlah kalian mengharapkannya. Barangsiapa yang harus berdoa (untuk mati), hendaklah dia berdoa, '‘Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan lebih baik bagiku dan wafatkanlah aku selama kematian lebih baik bagiku’.” [Hadis 1821]

Dari Abu Hurairah : Rasulullah saw bersabda, “Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian.” [Hadis 1823]

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.” 

Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Huraian:
» Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
» Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
» Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.

xoxo
>0-0<

4 comments:

  1. nice entry :) sama2 muhasabah diri^^

    ReplyDelete
  2. ingat mati tu senang? dah bersedia ke kita ni?

    ReplyDelete
  3. @msredcheesecake blom lagi...banyak ag amal yang blom buat...banyak juga dosa yang telah terbuat...huhu

    ReplyDelete