Saturday, 28 February 2015

Harga Minyak 1 Mac 2015

Harga Petrol RON95,RON97 dan Diesel Naik Mac 2015


Harga Minya Petrol 1 Mac 2015 | Biasa la dalam kehidupan ada yang naik dan ada yang turun. So mulai esop harga minyak dah naik dah. So jom ramai-ramai p bagi makan kat kenderaan tersayang anda. Petang ni nak bawak Mr. Dany p UiTM sambil tu boleh bagi makan sikit...

FuelSave 95 RM1.70 - RM1.95

Diesel RM1.70 - RM1.95

V-Power 97 RM2.00 - RM2.25

Senarai Bloglist Dunia Miya Amira


Alhamdulillah tamat sudah segmen pencarian bloglist Dunia Miya Amira. Terima kasih kepada semua peserta yang sudi join. 

Tahniah kepada semua peserta seramai 18 orang yang sudi join. Disebabkan kurang daripada target Miya akan senaraikan semua yang join ni sebagai bloglist Miya untuk bulan Mac - Julai. Termi kasih sekali lagi dan tahniah....







7. http://www.cikgufarha.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

8. http://macikzkonah.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

9. http://the-red-heart.blogspot.com/2015/02/senarai-peserta-segmen-bloglist-miya.html

10. http://nikainaa.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

11. http://ciknainthehouse.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

12. http://lestarigiveaway.blogspot.com/2015/02/segmen-pencarian-bloglist-mac-jul.html

13. http://cauliflowera.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

14. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

15. http://akubudakkayu.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

16. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

17. http://ukhti-ninja.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

18. http://www.sheilainspire.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

Secara rasminya esop korang akan terpampang dalam Bloglist Miya. Paling tepat pada pukul 12.00 tgh malam ni...

Segmen Bloglist MAC - JULY By MiyaAmira

Ini adalah post yang digam dengan gam cap gajah...

Assalamualaikum semua... Tinggal beberapa hari lagi nak abiz cuti semester ni. So selagi ada masa ni miya nak lancarkan Segmen Pencarian Bloglist Mac - July pada malam ini, waktu ini, dan pada detik ini. 

Miya harap ramai la juga yang sudi support segmen miya ini walaupom tak seberapa megah macam blogger lain. Harap support ye.

Segmen Bloglist Mac - Julai by MiyaAmira akan berlangsung selama 8 hari bermula dari 21 Februari 2015 hingga 28 februari 2015. Tepat jam 12.00 tengah hari pada 28 Feb 2015 segmen ni akan berakhir.. 



Syarat-syaratnya :

1. Follow
-> Blog Dunia Miya Amira
-> Instagram : Miya Amira >kalau ada<
-> Google+ : Miya Amira

2. Buatkan satu entry pasal segmen ni.

3. Copy and paste banner kat atas tu dan pastikan backlink kan balik dengan blog miya.

4. Tinggalkan link blog korang kat bawah ni ye.

5. done ^_^ 

Seramai 20 orang blogger miya akan masukkan dalam senarai bloglist miya. Kalau ramai yang menyertai miya akan guna Random untuk pilih bloglist tapi lau kurang dari 20 orang semua akan dimasukkan dalam bloglist miya. Pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.

So miya harap ada juga sambutan.

xoxo
>_<



7 Amalan Sunnah Yang Membawa Keberkatan.


image from Mr. Facebook


Mini Giveaway by Shahira

Assalamualaikum guys. Buat pe semua tu? 


Nak join sila klik tempat biasa.
Jom join segmen ni boleh menang Rempah Chef Ammar.



xoxo

Motivasi | Cara Memberi Yang Berkesan


Cara Memberi Yang Berkesan | Sebelum kita memberikan sesuatu kita kena tahu yang mane memberi keutamaan dan yang mana tidak. Memberi itu adalah sesuatu perbuatan yang baik. Kerana tangan yang berada di atas adalah lebih baik berbanding tangan yang berada di bawah. Tetapi memberi ni kita haruslah memberi dengan baik dan benar. Janganlah disebabkan sikap kita yang terlalu pemurah ni akan menyebabkan kesusahan kepada orang lain. Jadi sebelum memberi tu kita kenalah fikir yang mana yang terbaik. ^_^

Image result for Memberi

Cara nak memberi dengan berkesan. Baca dan pahami ayat yang tertulis kat bawah.
1. Gunakanlah hatimu dalam memberi dan dengarkan hati nuranimu yang akan mengajarkan bagaimana mahu memberi.

2. Gunakanlah akal budi mengenai apa yang akan diberi serta berapa banyak yang perlu diberi.

3. Pertimbangkan untuk memberi 'pancing' bukan íkan', yang terbaik kita juga kenalah menambah kaedah pemberian yang benar dengan cara 'memancing'.

4. Jangan pernah menghitung-hitung atau menyesali apa yang sudah diberikan, apelagi mempamerkannya. Sekiranya tangan kanan kamu memberi, usahakanlah supaya tangan kirimu tidak mengetahui.

5. Dorongi orang yang sudah merasakan pemberian kita supaya pada lain kali dia yang memberi pula kepada orang lain yang memerlukannya.


Ilmu daripada pembacaan sepanjang cuti semester.

Image result for Memberi
Gallery Mr.Google
xoxo

Thank You So Much.

Friday, 27 February 2015

Segmen WWW.SITISHARINI.COM

CLICK BANNER TO JOIN!

Assalamualaikum semua=)

Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .

Jemput join semua ye. Thanks!! =))
Tarik tamat: 15/03/15

Selamat Sampai Puncak Alam


Assalamualaikum geng. Alhamdulillah selamat sampai puncak alam pagi tadi dalam pukol 7.30 pagi. Mengambil masa 10 jam untuk sampai ke Klang + 30 minit nak sampai umah sewa puncak alam. Tapi pagi tadi ulang alik Klang - Puncak Alam - Meru - Puncak Alam. 

Klang - Puncak Alam | tu sebab nak hantar barang-barang yang bawak dari Kelantan. 
Puncak Alam - Meru | tu sebab nak ke rumah member sebab nak ambik motosikal yang tumpang kat umah dia selama 6 minggu. Sampaikan moto tak dapat nak start sebab lama sangat tak bawa jalan-jalan. 30 minit baru boleh hidup betol-betol.
Meru - Puncak Alam | tu off course la merempit yang xmerempit sebab nak balik rumah.

Dalam pukul 10 baru la sampai umah, kemas barang, kemas umah  no 2 sikit. Perghhh penat la perjalanan hari ni. Sepatutnya malam ni ada latihan silat tapi tak dapat pergi bukan sebab penat. Tunggu orang datang nak sewa rumah tapi sampai sekarang tak sampai dan tak tahu nak datang pukol wape...

So pe lagi... Jom blogwalking semuaaaa....

p/s : First time bagitau pasal motosikal dalam laman sosial. kahkahkah 

Motivasi | Cara-cara Mengatasi Perasaan Marah

Assalamualaikum geng...

Mengubati Perasaan Sakit Hati | Mengubati luka paku atau sakit hati pada diri seseorang mengambil masa yang sangat-sangat lama. Dan kemungkinaan juga luka itu tak tersembuh. Bahkan, jarang menjadi luka dalaman yang menghiris dan mencucuk dalam hati tu membuatkan kebencian yang panjang. Itulah sebabnya ada yang sudah berpuluh-puluh tahun bersahabat baik, namun luka di hatinya tetap susah untuk disembuhkan akibat pernah dimarahi.

Perasaan marah boleh dikawal. 
Boleh belajar cara-cara untuk mengawal perasaan marah.

1. Cari alasan yang kukuh mengapa seseorang itu harus dimarahi oleh kita.

2. Bayangkan dan fahami seandainya kita berada ditempat orang yang dimarahi.

3. Menahan diri daripada perasaan marah dengan menarik nafas yang panjang sebelum bertindak dalam apa jua keadaan.

4. Tuliskan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dahulu, kemudian panggil orang yang berkaitan supaya menjelaskan perkara sebenar dan meminta untuk dipertanggungkawabkan.

6. Doa Menghilangkan perasaan Marah.

Image result for marah
Gallery Mr.Google

p/s : tak mau marah-marah ye.


Thursday, 26 February 2015

Pulang Ke UiTM Puncak Alam


Assalamualaikum. Ceptanya masa berlalu kan? Cuti selama 6 minggu ni rasa kejap je. Ok IPTA lain dah balik seminggu awal daripada UiTM. UiTM akan mulakan sesi semester baru depan. So paling lewat hari Ahad ni dah kena duk kat kolej.

Alhamdulillah, daftar kos, daftar kelas, dan jadual kelas semua dah ada dah. So hari Isnin ni da^h boleh mula masuk kelas dengan aman. Alhamdulillah jadual agak memuaskan tapi yang sedih kelas LAW buat petang. Aiyaaa membaca kelas petang!!!

InsyaAllah miya akan naik bas malam ni. Bertolak dari Kota Bharu ke Klang n in shaa Allah pagi esop sampai kat Klang. Miya balik awal ni nak memudahkan keje. Nak kemas bilik, rumah and beli la ape yang patot untuk sem ni. Selain tu ari Jumaat malam or Sabtu pagi tu kitaorang akan mulakan latihan untuk persediaan pertandingan silat yang akan datang. 

Dulu masa kat Melaka kitaorang kena turun seminggu awal untuk latihan. Tapi kat UiTM Puncak Alam ni 3 hari sebelum kelas baru mula latihan. Kat Uitm Puncak Alam ni ramai yang pro so kami yang baru ni boleh belajar dari diaorang. Semoga latihan yang akan berlangsung ni di berkati Allah...


p/s : doakan miya selamat sampai.
xoxo

Motivasi : Kehilangan


" Sekiranya anda bersedih kerana kehilangan seseorang,
sebenarnya jauh di lubuk hatimu yang sangat dalam,
anda sedang mensyukuri sambil berasa terharu 
bahawa dia pernah ada bersama-sama denganmu."
- Kahlil Gibran -

Gallery Mr. Google

KEHILANGAN | Semua manusia pernah rasa kehilangan. Kehilangan ahli keluarga, rakan, binatang kesayangan, harta benda yang paling disayangi n macam-macam lagi la.

Memang betol bila kita hadapi keadaan macam tu, kita akan jatuh tersungkur. Rasa macam tak ada hala tuju. Tapi yang penting kita kena cari jalan keluar daripada perasaan down macam tu. Kita kena ingat yang dah pergi tu sebab jalan hidup dia da sampai situ. Tapi kita yang masih hidup ni jauh lagi perjalanan untuk kita hadapi. Jangan biarkan perasaan itu mengawal diri kita.

Terutama remaja yang ada terfalling in love. Lagi la kena beringat. Jangan sebab kehilangan pakwe/makwe korang jadi sewel plak. Yang tu miya xsuka dengar. Tambah-tambah yang sanggup gadaikan nyawa yang Allah bagi pinjam ni. No! No! No! Jangan buat macam tu ye sayang-sayang sekalian. Think positive ye bila kita kehilangan dia. Ingat pesanan ni. Ramai lagi yang sayang awak. Family, member awak, cikgu-cikgu awak n Allah sayang awak. Sebab Allah da jauhkan awak dari si dia yang mungkin kurang baik untuk awak.

Ok lah. Entry ni untuk ingatan bersama. Tak semestinya miya terlalu baik baru boleh tulis entry macam ni. Juz sharing is caring.

xoxo

I Love U Guys...

Wednesday, 25 February 2015

Senarai Peserta Segmen Bloglist Miya Amira


Assalamualaikum..
Miya nak update senarai nama peserta yang sudi join segmen miya.
 Terima kasih banyak-banyak ye.







7. http://www.cikgufarha.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

8. http://macikzkonah.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

9. http://the-red-heart.blogspot.com/2015/02/senarai-peserta-segmen-bloglist-miya.html

10. http://nikainaa.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

11. http://ciknainthehouse.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

12. http://lestarigiveaway.blogspot.com/2015/02/segmen-pencarian-bloglist-mac-jul.html

13. http://cauliflowera.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

14. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

15. http://akubudakkayu.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

16. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

17. http://ukhti-ninja.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

18. http://www.sheilainspire.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

19. ....................

kalau ada yang tak tersenarai mohon komen dibawah ye...
terima kasih...muah ciked....

Segmen Bloglist Almira Alwani 2015


Miya join ye...
jom join jugak...



Sory ye sapa yang kena. Miya nak tag.
1. Emma...
2. Izzati Amira
3. Syamimi

xoxo

Belajar Kerana Dunia


Belajar Kerana Dunia | Bertapa ceteknya ilmu miya. Sebelum ni orang hanya berpesan niat kita belajar tu mesti kerana Allah. Betulkan niat dalam menuntut ilmu. Niat kita masuk universiti, sambung degree, master n PhD tu kerana Allah. Mana pernah orang bagitahu kat miya bahawa niat kita Belajar Kerana Dunia adalah dosa besar dan sesiapa yang Menyembunyikan Ilmu juga adalah merupakan dosa besar.

Semalam dalam group whatsApp member miya ada hantar gambar dan kat situ la miya dapat ilmu tu. Sebab tu la ustaz pesan kalau boleh setiap orang mesti ada buku Senarai Dosa-Dosa Besar. Ni sebab miya xde buku tu la miya tak tahu menahu pasal ilmu ni. Jom miya share sikit yang tertulis dalam gambar tu.

Firman Allah S.W.T : "Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan ape yang Kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan semua makhluk yang boleh melaknat. "
(Ayat ini diturunkan mengenai kekejian perbuatan ulama Yahudi yang menyebunyikan kebenaran yang terdapat dalam Kitab Taurat mengenai hukum-hukum Allah.)

Bersabda Rasulullah S.A.W,"Barangsiapa yang belajar suatu ilmu yang sepatutnya dipelajari kerana Allah tetapi tidak dia mempelajarinya melainkan kerana  tujuan dunia  maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga."

Lagi Sabda Rasulullah S.A.W, "Barang siapa yang belajar demi bermegah-megah dikalangan ulamak atau untuk berbahas dengan orang-orang yang bodoh atau supaya berhadap kepadanya hati-hati manusia, maka ia ke neraka."

Lagi sabdanya "Barangsiapa yang disoal mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka akan dipasang tali kekang dengan tali kekang neraka pada hari Kiamat."

Sabdanya lagi "Barang siapa yang belajar suatu ilmu tetapi ia tidak beramal dengannya, tidaklah ilmu itu menambah bagi dirinya melainkan sifat sombong."

Pernah sekali terniat untuk sembunyikan sesuatu mengenai pelajaran. Esok nak exam ada satu soalan yang memang tak tahu nak jawab. Tanya semua member kelas tapi semua jawab tak tahu. Tapi miya kalau nak tahu miya akan cari juga. Alhamdulillah ternampak jalan nak buat kira-kira tu. Mula-mula pikir ala tunggu la nanti diorang tanya kalau tak tanya tak payah bagitau sebab malas nak terhegeh-hegeh nak bagitau diaorang.

Tapi paham-paham la. Bila kita buat benda salah hati xtenang. So miya whatsapp sepatah kat member cakap da tahu nak buat. Miya snap gambar kira-kira, miya terangkan cara lepas tu baru miya rasa lega nak buat kerja lain. Mungkin masa tu Allah nak jaga miya lagipom ilmu tu pom dari Allah juga. Then Alhamdulillah time exam subjek tu pom Allah masih bantu miya juga. Miya tak tahu ape akan jadi lau miya xshare ilmu yang sikit tu. 
Bersyukur sangat......

Pernah juga sekali terfikir belajar ni sebab nak exam, sebab nak kena test minggu depan. Bukan sekali la, tapi banyak kali. Bila dekat nak exam semua bertungkus lumus duk depan buku dari pagi sampai malam. Solat pom nak last2 waktu dah. Makan pom xjaga. Tidur lagi entah ke mana. Sampai kan sanggup berjaga malam. Salah cara tu sayang. Study smart.
Usaha.  Doa.  Tawakal.

p/s : Semoga Allah tak jemu untuk mejaga kita dan orang yang kita sayang.


Tuesday, 24 February 2015

Segmen Blogwalking + Followers


Assalamualaikum. Selamat petang. 
Jom join segmen ni by JM Blog...





Strok Haba




Assalamualaikum semua. Kita dikejutkan dengan penyakit yang baru kita dengar iaitu strok haba. Sekarang ni cuaca panas sangat. So miya harap semua orang pandai2 la jaga diri ye. Jaga keluarga juga. Minom air banyak-banyak. Mulut miya dah ada 'mata ikan' dah walaupom minum air banyak. Semoga Allah menurunkan sedikit hujan untuk meredakan keadaan sekarang ni. Hujan itu kan rahmat.




Tanda-tanda awal menghidap strok haba ialah:
Sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. 

Kesan strok haba ialah:
Suhu tinggi mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Punca mendapat strok haba ialah:
Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Cara memberi bantuan kepada mereka terkena strok haba ialah:
Menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin. Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah. Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan.



p/s : Banyak berdoa dan jangan lupa minom air banyak-banyak ^_^

Follower ke 400


Assalamualaikum semua. Syukur alhamdulillah sebab sahabat blogger miya dah mencapai angka 400 sepanjang 3 tahun miya berblog. So sekarang miya nak update sikit pasal blogger tersebut.

his nick name is Ade Arif. First miya ingatkan dia perempuan bila dia komen kat blog miya. tapi bila tengok balik dekat google+ rupa-rupanya dia lelaki. Hahahaha.. Maaf ye encik Ade Arif..

Korang jemput-jemput la singgah blog encik ade arif ni. Banyak informasi yang korang boleh dapat..

Jom ramai-ramai terjah blog Bimbingan Belajar29




xoxo


Thursday, 19 February 2015

Segmen Blogwalking Bersama AyuInsyirah.


Assalamualaikum.....
jom sokong segmen dari Ayu Insyirah...
tekan banner jangan tak tekan...

Wednesday, 18 February 2015

Libster Award



Tag. Tag. Tag. Ok miya dah kena tag dengan Emma untuk Libster Award ni. So miya kena jawab soalan yang telah dicipta oleh miss Emma ni. Antara soalan miss emma ialah :




  • Apa azam 2015 awak?
  • Adakah awak sokong budaya couple? Jelaskan pendapat awak.
  • Awak pilih cinta atau setia? Sebab?
  • Awak pilih wang atau cinta? Sebab?
  • Boleh ke perempuan bersahabat baik dengan lelaki?
  • Awak suka shopping online? Pernah tak ditipu dan apa perasaan awak?


  • Ok. Miya sebenarnya tak pernaah ada azam yang miya pernah senaraikan setiap awal tahun. Cuma bila miya rasa miya nak kan sesuatu memang miya akan berusaha untuk dapat sebab ramai yang cakap bila ada azam awal tahun tu juz hangat-hangat tahi ayam. Sebab masa awal tahun je dia berusaha untuk dapat tapi bila dah lama-lama sikit mudah la lupa pasal azam tu. Setakat ni miya berazam untuk menang pingat dalam pertandingan silat yang bakal miya join bulan tiga ni. So doakan supaya azam yang ni boleh tercapai tahun ni.

    Couple. Sebenarnya miya tidak sokong budaya couple sebab kita taukan Allah larang kita mendekati maksiat. Rasulullah S.A.W menggalakkan kita untuk bercinta sehingga lah kita berkahwin. Tak pernah lagi dengar couple digalakkan. Jangan sesekali kita menafikan perasaan cinta tu kerana cinta tu ada. Jadi kita hendaklan bimbing cinta kita tu ke jalan yang diredhai Allah.. InsyaAllah sama-sama kita amalkan.

    Antara cinta dengan setia mestilah miya pilih cinta. Sebab bila seseorang tu ada perasaan cinta dia akan cuba untuk setia. Tapi kalau pilih setia tanpa cinta buat pe kita nak setia dengan dia?? Cuba jawab. Mana tahu lagi munasabah untuk pilih setia. 

    Alamak. Ni soalan susah sikit. Tak di miya pilih cinta ni miya nak pilih duit pulak. Sebab kadang-kadang cinta itu buta. Mana tahu satu hari nanti cinta pasangan kita beralih arah kepada orang lain (harap dijauhkan) so duit kecemasan kita dah ada. Takdelah terkontang kanting tanpa arah tujuan. Tapi miya harap semua ni tak terjadi pada kita semua. Amin....

    Bagi miya perempuan boleh je bersahabat baik dengan lelaki. Sebab miya sendiri berpengalaman macam tu. Sahabat baik miya lelaki sejak dari sekolah rendah sampai sekarang masih lagi share masalah. Tapi dia la yang banyak share miya dengar je. Lagipom miya memang ramai kawan lelaki. Miya susah nak jatuh cinta kepada orang yang miya dah anggap kawan tambah-tambah kawan sekolah. 

    Miya tak pernah shopping online. Sebab miya xpercaya sangat dengan online. Lagipom miya lebih suka tengok barang tu ada depan mata boleh sentuh, boleh ukur kat badan sendiri. Tapi miya suka je tengok instashop. Suka tengok barang. Tapi tak tahulah satu hari nanti terbeli juga barang online. So tak pernah kena tipu lagi la setakat ni.

    Alhamduillah selesai sudah jawab soalan yang diajukan oleh miss emma... So sekarang miya kena cipta soalan and tag rakan blogger yang lain plak. Tak kisah kan berapa banyak soalan pom kan??

    Soalan : 
    1. Apa nama penuh awak n nama panggilan awak?
    2. Matlamat yang wajib dicapai dalam hidup?
    3. Apakah Pengalaman yang paling nak dilupakan?
    4. Suka Makeup ke Natural je? Sebab?
    5. Ceritakan Sirah Nabi yang paling diingati.
    6. Ada tak sebarang nasihat, teguran yang nak diberikan pada miya?

    Miya harap orang yang miya tag ni boleh jawab untuk Libster Award 2015 ni.

    2. Winnie
    3. Budak Vanilla


    Syarat :
    1. Answer the questions.
    2. Nominate other bloggers.
    3. Create the questions.
    4. Notify your nominate.

    Tuesday, 17 February 2015

    First Mini Contest By Si Kosong


    Assalamualaikum guys. Nak top up jom join segmen ni.
     Klik banner jangan xklik.

    First Mini Contest Si Kosong

    p/s : Nak topup free....hahahaha

    KASUTKACA15 GA : CHIFFON SHAWL


    Assalamualaikum. Jom join Segmen ni...


    Miya seorang yang kuat gelak n protective.

    Jadual Kuliah Semester 4


    Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni list makanan nak makan masa cuti ni dah dipenuhi semua dah. Hari ni boleh makan mee kari buatan umi ngan miya. Gabungan di dapur yang boleh meringankan beban tu sudah cukup mengeratkan ukhuwah antara kami. Masa ni la boleh borak-borak mengenai miya and adik-adik. Masa ni lah nak kongsi cerita. Masa ni lah nak curi resepi umi. Hahaha... Tak adelah mencuri sangat tapi belajar. Alhamdulillah..

    Alhamdulillah jadual kuliah sem 4 dah keluar untuk UiTM. Sebenarnya dah lama keluar tapi hari ni baru nak share sebab pagi xd dah tanda2 dekat kalendar untuk persedian cuti plak. Aiyaaa... Ape ni miya masuk kelas belum lagi tapi cuti dah tanda dah. Miya bukan ape, untuk semester ni ada majlis yang paling bahagia untuk kakak sulung miya. Dia akan melangsungkan perkahwinan bulan 6 nanti dengan jejaka pilihan dia. So miya kena la buat persiapan untuk balik kampung masa tu. 



    Miya akan memulakan sesi Sem 4 ni pada 2 Mac. Maksudnya tinggal lagi seminggu lebih je cuti. Minggu depan dah nak kena pergi rumah sewa dah.Untik sSemester 4 ni miya nampak ada dua kali cuti seminggu, satu cuti mid sem satu lagi cuti Hari Gawai dan juga Hari Keputeraan Agong. Alhamdulillah miya xpayah pening-pening nak pikir cara nak balik masa majlis tu sebab masa tu dah cuti dah seminggu pulak tu.

    Minggu kuliah sama je tiap-tiap semester. Dalam masa 14 minggu kena habiskan semua topic untuk 7 subjek, kena habiskan paper work, n kena habiskan presentation. Macam tu lah kehidupan universiti. Sir Zaimin ada bagitau sekarang masa untuk belajar dah makin singkat. Dulu belajar paling kejap pom 5 bulan lebih nak habiskan topic tapi sekaraang 4 bulan 2 minggu dah kena habis belajar untuk satu sem. Tengok bertapa singkatnya waktu.

    Yang miya penat dan sedih bila tengok jadual kuliah ni bila masuk bab study week. Untuk Semester 4 ni hanya dua hari je study week yang UiTM bagi berbanding ngan semester lepas UiTM bagi 7 hari study week. Maksudnya mmg kena struggle awal-awal la semester ni. Yang penting markah untuk carry mark kena tinggi-tinggi.

    Lastly cuti semester plak lama sikit semester 4 berbanding sem lepas. Cuti sem 2 bulan, tapi start cuti tu seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Tapi miya harap last paper untuk final exam xde lah habis lambat sangat. Bagi la chance kat student akaun nak balik awal plak. Kami tak nak jadi orang last tinggalkan UiTM...

    p/s : cepat sangat masa berlalu. Jadi guna lah masa dengan sebaiknya sebab masa yang dah berlalu xboleh nak diundurkan balik.

    Monday, 16 February 2015

    Pesan Seorang Murabbi


    Assalamualaikum dan salam zohor semua.,..
    Jom jadikan amalan dan ingatan...