Wednesday, 25 February 2015

Belajar Kerana Dunia


Belajar Kerana Dunia | Bertapa ceteknya ilmu miya. Sebelum ni orang hanya berpesan niat kita belajar tu mesti kerana Allah. Betulkan niat dalam menuntut ilmu. Niat kita masuk universiti, sambung degree, master n PhD tu kerana Allah. Mana pernah orang bagitahu kat miya bahawa niat kita Belajar Kerana Dunia adalah dosa besar dan sesiapa yang Menyembunyikan Ilmu juga adalah merupakan dosa besar.

Semalam dalam group whatsApp member miya ada hantar gambar dan kat situ la miya dapat ilmu tu. Sebab tu la ustaz pesan kalau boleh setiap orang mesti ada buku Senarai Dosa-Dosa Besar. Ni sebab miya xde buku tu la miya tak tahu menahu pasal ilmu ni. Jom miya share sikit yang tertulis dalam gambar tu.

Firman Allah S.W.T : "Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan ape yang Kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan semua makhluk yang boleh melaknat. "
(Ayat ini diturunkan mengenai kekejian perbuatan ulama Yahudi yang menyebunyikan kebenaran yang terdapat dalam Kitab Taurat mengenai hukum-hukum Allah.)

Bersabda Rasulullah S.A.W,"Barangsiapa yang belajar suatu ilmu yang sepatutnya dipelajari kerana Allah tetapi tidak dia mempelajarinya melainkan kerana  tujuan dunia  maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga."

Lagi Sabda Rasulullah S.A.W, "Barang siapa yang belajar demi bermegah-megah dikalangan ulamak atau untuk berbahas dengan orang-orang yang bodoh atau supaya berhadap kepadanya hati-hati manusia, maka ia ke neraka."

Lagi sabdanya "Barangsiapa yang disoal mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka akan dipasang tali kekang dengan tali kekang neraka pada hari Kiamat."

Sabdanya lagi "Barang siapa yang belajar suatu ilmu tetapi ia tidak beramal dengannya, tidaklah ilmu itu menambah bagi dirinya melainkan sifat sombong."

Pernah sekali terniat untuk sembunyikan sesuatu mengenai pelajaran. Esok nak exam ada satu soalan yang memang tak tahu nak jawab. Tanya semua member kelas tapi semua jawab tak tahu. Tapi miya kalau nak tahu miya akan cari juga. Alhamdulillah ternampak jalan nak buat kira-kira tu. Mula-mula pikir ala tunggu la nanti diorang tanya kalau tak tanya tak payah bagitau sebab malas nak terhegeh-hegeh nak bagitau diaorang.

Tapi paham-paham la. Bila kita buat benda salah hati xtenang. So miya whatsapp sepatah kat member cakap da tahu nak buat. Miya snap gambar kira-kira, miya terangkan cara lepas tu baru miya rasa lega nak buat kerja lain. Mungkin masa tu Allah nak jaga miya lagipom ilmu tu pom dari Allah juga. Then Alhamdulillah time exam subjek tu pom Allah masih bantu miya juga. Miya tak tahu ape akan jadi lau miya xshare ilmu yang sikit tu. 
Bersyukur sangat......

Pernah juga sekali terfikir belajar ni sebab nak exam, sebab nak kena test minggu depan. Bukan sekali la, tapi banyak kali. Bila dekat nak exam semua bertungkus lumus duk depan buku dari pagi sampai malam. Solat pom nak last2 waktu dah. Makan pom xjaga. Tidur lagi entah ke mana. Sampai kan sanggup berjaga malam. Salah cara tu sayang. Study smart.
Usaha.  Doa.  Tawakal.

p/s : Semoga Allah tak jemu untuk mejaga kita dan orang yang kita sayang.


2 comments:

  1. dlu masa study kan, ramai jgk wat sembunyi2 jawapan ni.. thanks for sharing this.. share n terus share itu yg baik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...xhilang ilmu bila kita berkongsi malah bertambah..
      sama juga dengan rezeki xsalah agihkan kepada orang yang perlu...

      Delete