Sunday, 15 February 2015

Cara Untuk Berjimat Cermat Sebagai Pelajar


Assalamualaikum semua. Cuti tinggal lagi beberapa hari je lagi sebelum masuk uni balik, sebelum kena ngadap buku yang tebal-tebal, sebelum terpaksa berpisah ngan family untuk beberapa bulan. Bila pikir balik memang xsabar nak balik uitm sebab dah xtahu nak buat ape tapi bila dah balik uitm xsabar nak cuti pulak. Itu lah lumrah kehidupan seorang pelajar..

Ape lah yang miya buat time cuti sem ni. Tak banyak pom yang membantu miya rasa. Berblogwalking, tolong umi kat dapur, baca novel berpuluh puluh, keluar jalan ngan member, pergi sekolah n bakal ke sekolah lama hari ini, makan n tido. Berangan-angan nak keluar joging pagi tapi masalahnya kat kelantan ni sejuk buat miya ase nak tarik selimut balik je lepas Subuh dan memang berjaya ditarik so joging kalah menyebabkan lemak dalam badan makin bertambah...

Eh sebenarnya dah jauh menyimpang daripada tajuk di atas...

Ok sebagai student ni memang banyak sangat guna duit tambah2 student yang duk jauh dari family. Banyak sangat perbelanjaan yang nak kena bayar tapi pendapatan xada kecuali daripada pinjaman dan juga FaMa. Miya tak cakap kat orang lain tapi berdasarkan pengalaman miya sendiri sepanjang 3 semester ni..

So bagi memastikan duit kita cukup untuk sebulan ataupom satu sem kita kena kenal pasti aliran masuk dan jugak aliran keluar. Aliran masuk ni sama je maksud dengan pendapatan atau wang yang diterima dan aliran keluar pula adalah perbelanjaan kita. Biasa Miya akan buat catatan mengenai aliran tunai miya sebab nak tau sama ada bulan tu terlebih belanja ataupom tidak. Kalau terlebih belanja kita kena kurangkan budget untuk bulan depan tapi lau terkurang belanja duit tu korang boleh buat simpanan. Setiap transaksi kena catat elok2 tapi kalau yang 0.05 sen tu tak catat pom tak ape tapi kalau korang jenis sensitif pasal duit boleh la catat juga.

Kemudian korang mesti ada buat budget untuk setiap bulan. Korang kena tolak siap2 perbelanjaan tetap tiap2 bulan korang sebab nak tau berapa banyak duit korang boleh gunakan. Kalau miya, miya akan tetapkan berapa banyak yang miya boleh belanja untuk sebulan berdasarkan duit pinjaman tu lepastu daripada belanja bulanan tu miya akan tolak terus duit sewa rumah n bil api. Selebihnya kena pandai-pandai budget untuk makan, fotostet & print dan segala bagai keperluan.
Kelebihan ada budget.
1. Hidup mengikut kemampuan.
2. Memupuk minat menabung.
3. Mempunyai wang apabila kecemasan (Tabung kecemasan)


Last sekali sebagai student miya kena pandai bezakan yang mana kehendak dan juga keperluan. Sepanjang miya study ni xpernah lagi kot berbelanja ikot kehendak kecuali dalam bab makanan. Dalam bab makan ni lau miya rasa nak makan chicken chop, kfc or burger memang miya akan beli. Tambah-tambah bila menjejakkan kaki area pasar malam dekat Fasa 2 nafsu membuak buak untuk beli makanan. tapi keesokan harinya miya akan kurangkan sikit perbelanjaan. Tapi umi selalu pesan jangan duk tahan lapar, makan je kalau xcukup duit minta ngan umi atau ayah. Tapi miya bukan jenis macam tu. Susah nak minta duit sebab tau nak kena tanggung adik2 lagi. So bagi yang xtahan untuk penuhi kehendak tu boleh cari kerja sampingan kot. Kerja yang xgangu pembelajaran.

Image result for Duit
image from Mr. Google

Ok tu je lah yang miya nak membebel hari ni.
Tunggu waktu nak g sekolah je jap ag...
ok lah semoga bermanfaat untuk kita semua..
Lau ada cara lain boleh share ngan miya tau...
Jumpa petang nanti plak...

p/s : Dalam proses menyiapkan budget untuk sem depan sebab ada nak beli barang kehendak plak...hahahaha





Post a Comment