Tuesday, 17 February 2015

Jadual Kuliah Semester 4


Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni list makanan nak makan masa cuti ni dah dipenuhi semua dah. Hari ni boleh makan mee kari buatan umi ngan miya. Gabungan di dapur yang boleh meringankan beban tu sudah cukup mengeratkan ukhuwah antara kami. Masa ni la boleh borak-borak mengenai miya and adik-adik. Masa ni lah nak kongsi cerita. Masa ni lah nak curi resepi umi. Hahaha... Tak adelah mencuri sangat tapi belajar. Alhamdulillah..

Alhamdulillah jadual kuliah sem 4 dah keluar untuk UiTM. Sebenarnya dah lama keluar tapi hari ni baru nak share sebab pagi xd dah tanda2 dekat kalendar untuk persedian cuti plak. Aiyaaa... Ape ni miya masuk kelas belum lagi tapi cuti dah tanda dah. Miya bukan ape, untuk semester ni ada majlis yang paling bahagia untuk kakak sulung miya. Dia akan melangsungkan perkahwinan bulan 6 nanti dengan jejaka pilihan dia. So miya kena la buat persiapan untuk balik kampung masa tu. 



Miya akan memulakan sesi Sem 4 ni pada 2 Mac. Maksudnya tinggal lagi seminggu lebih je cuti. Minggu depan dah nak kena pergi rumah sewa dah.Untik sSemester 4 ni miya nampak ada dua kali cuti seminggu, satu cuti mid sem satu lagi cuti Hari Gawai dan juga Hari Keputeraan Agong. Alhamdulillah miya xpayah pening-pening nak pikir cara nak balik masa majlis tu sebab masa tu dah cuti dah seminggu pulak tu.

Minggu kuliah sama je tiap-tiap semester. Dalam masa 14 minggu kena habiskan semua topic untuk 7 subjek, kena habiskan paper work, n kena habiskan presentation. Macam tu lah kehidupan universiti. Sir Zaimin ada bagitau sekarang masa untuk belajar dah makin singkat. Dulu belajar paling kejap pom 5 bulan lebih nak habiskan topic tapi sekaraang 4 bulan 2 minggu dah kena habis belajar untuk satu sem. Tengok bertapa singkatnya waktu.

Yang miya penat dan sedih bila tengok jadual kuliah ni bila masuk bab study week. Untuk Semester 4 ni hanya dua hari je study week yang UiTM bagi berbanding ngan semester lepas UiTM bagi 7 hari study week. Maksudnya mmg kena struggle awal-awal la semester ni. Yang penting markah untuk carry mark kena tinggi-tinggi.

Lastly cuti semester plak lama sikit semester 4 berbanding sem lepas. Cuti sem 2 bulan, tapi start cuti tu seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Tapi miya harap last paper untuk final exam xde lah habis lambat sangat. Bagi la chance kat student akaun nak balik awal plak. Kami tak nak jadi orang last tinggalkan UiTM...

p/s : cepat sangat masa berlalu. Jadi guna lah masa dengan sebaiknya sebab masa yang dah berlalu xboleh nak diundurkan balik.

Post a Comment