Sunday, 15 February 2015

Solat Di Atas Kubur



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni ada nak kongsi ilmu sikit mengenai tajuk di atas. Sebelum ni Dalam Pendidikan Agama Islam tak pernah sentuh mengenai Solat Di Atas Kubur. Dan malam ni miya baru tahu mengenai perbuatan ni melalui Facebook. Tengok lah bertapa ceteknya ilmu yang ada. Nampak sangat tak pernah mencuba mencari ilmu lain selain daripada yang di ajar di sekolah dulu.... 

gambar dari Facebook

Ini adalah makam Tok Guru Nik Aziz. Mendapat kunjungan dari Fadilatus Syeikh Muhammad Nuruddin bin Al-Banjari. Syeikh telah menunaikan solat jenazah di kubur tok guru. Mula-mula pelik juga tengok tapi lepas baca semua komen baru paham.

Antara hadis yang dikongsikan oleh mereka :

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih m
asjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih Muslim No.1588)

Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa’ied ib
n Al-Musayyab berkata: “Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan. 
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar. 
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya..


Alhamdulillah malam ni mendapat sedikit ilmu mengenai solat di atas kubur. Semoga ilmu ni juga bermanfaat untuk rakan blogger. Nak tahu lebih lanjut boleh ke Facebook -->> sini.


p/s : Al-Fatihah



5 comments: