Tuesday, 24 February 2015

Strok Haba




Assalamualaikum semua. Kita dikejutkan dengan penyakit yang baru kita dengar iaitu strok haba. Sekarang ni cuaca panas sangat. So miya harap semua orang pandai2 la jaga diri ye. Jaga keluarga juga. Minom air banyak-banyak. Mulut miya dah ada 'mata ikan' dah walaupom minum air banyak. Semoga Allah menurunkan sedikit hujan untuk meredakan keadaan sekarang ni. Hujan itu kan rahmat.




Tanda-tanda awal menghidap strok haba ialah:
Sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. 

Kesan strok haba ialah:
Suhu tinggi mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Punca mendapat strok haba ialah:
Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Cara memberi bantuan kepada mereka terkena strok haba ialah:
Menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin. Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah. Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan.



p/s : Banyak berdoa dan jangan lupa minom air banyak-banyak ^_^

Post a Comment