Sunday, 10 May 2015

Eh! Aku 3 Rakaat ke 4 Rakaat??


Eh! Aku 3 Rakaat ke 4 Rakaat?? | Assalamualaikum. Persoalan ni mesti pernah terjah kat minda kita semasa solat kan? Biasa lah syaitan xpernah berhenti untuk menyesatkan hamba Allah. Sebab syaitan tak suka bila melakukan perkara yang disuruh oleh Allah. Sebab tu dia datang nak was waskan kita dalam solat kita. 

Biasa Miya akan terus beri salam semasa berdiri tu. Dan buat solat dari awal. Alhamdulillah hari ni dapat Ilmu baru so saja nak share and senang kalau nak rujuk balik. Sumber dari Facebook.



Selamat Beramal

xoxo


Saturday, 9 May 2015

Putrajaya Confirm Hiring Freeze


Putrajaya Confirm Hiring Freeze | Ternampak pensyarah post dekat wall FB. So I say what??? Ape semua ni. Bilangan graduan Malaysia yang menganggur lepas ni makin bertambah la. Sebab kebanyakan students Bumiputera bergantung kepada kerajaan. So macam mane graduan yang akan graduate tahun ni? Macam mane dengan student yang tengah belajar ni? Hahahaha. Sebab tu ada menteri pesan jangan bergantung kepada perkhidmatan awam, kena jadi seorang yang kreatif and inovasi untuk menjadi usahawan yang berjaya.

The Malay Mail Online

No more vacancies — Putrajaya confirms hiring freeze

KUALA LUMPUR, May 5 — The Public Service Commission (PSC) has confirmed that the government is no longer recruiting for any positions effective April.
PSC chairman Tan Sri Mahmood Adam told Sin Chew Daily that the government was not taking in any more people into its service, but declined to explain the rationale for the decision.
Mahmood told the Chinese-language newspaper that 15 agencies, including the police, army and Education ministry, have already received notice of the freeze.
He insisted, however, that agencies that needed emergency replacements could still apply to do so via the Public Service Department.
According to Mahmood, the moratorium does not affect recruitment for vacancies that were advertised prior to the April 22 directive.
His remarks confirm a report by whistleblower website Sarawak Report across the weekend that said Putrajaya was no longer hiring, based on a leaked copy of the memorandum from the PSC.
Malaysia’s civil service force currently costs some RM60 billion in wages annually, accounting for a third of total government spending.
Malaysia also has one of the highest public workers to population ratios in the world.
Putrajaya was forced to reduce its operating budget for 2015 owing to a sharp drop in oil price since last year. 


Segmen Blogwalking Cuti Semestar by Parih


Assalamualaikum. Harini weekend kan? 
SO ape lagi jom join segmen yang mudah and simple ni...

Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh

Sila klik banner untuk join...
Sangat senang dia punya syarat..
AND ada hadiah juga yang disediakan...

XOXO

Kun Anta - Hummod AlKhudir

Kun Anta ( Be Yourself) | Assalamualaikum semua. Lagu ni jadi viral sangat-sangat dekat FB, Instagram, whatsapp n semua laman sosial. Alhamdulillah disebabkan penyanyi Humood AlKhudher memiliki wajah yang handsome so lagu dia jadi famous dekat Malaysia dikalangan perempuan. Tapi bagus lah dia dapat sampaikan satu mesej dalam lagu dia. Kebanyakan lagu dia menggunakan bahasa Arab yang sangat mudah difahami. So Miya harap pendengar yang lain ambik pengajaran melalui lagu tu. Jangan juz tengok disebabkan wajah penyanyi tersebut. Jangan jadi macam Miya. Kahkahkah


video yang dapat banyak sangat views.


Lirik Lagu - Kun Anta




 لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Untuk sentiasa bersama mereka, aku meniru rupa dan apa yang zahir daripada mereka.
Lalu aku menjadi orang lain untuk berlagak.
Dan aku sangka melalui itu aku menjadi untung.
Tapi akhirnya, aku dapati diriku sesat, kerana ini semua adalah rupa.

>Korus 1<

لا لا, لا نحتاج المال، 
كي نزداد جمالا، 
جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Tidak, Tidak,
Kita tidak perlukan kekayaan untuk menambahkan kecantikan.
Tetapi disini, dihati kita ia bersinar.


*,لا لا, نرضي الناس بما ل
,نرضاه لنا حالا
ذاك جمالنا، يسمو يتعالى

Tidak, Tidak, Kita tidak akan mencari redha orang lain 
dengan apa yang kita tidak redha pada diri sendiri
Itulah kecantikan kita, menjulang dan gemilang.



*Oh Wo Oh, Oh Wo Ooh
Oh Wo Oh, Oh Wo Ooh
Oh Wo Oh, Oh Wo Ooh
Oh Wo Oh, Oh Wo Ooh كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri sendiri, dan kecantikanmu akan bertambah

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم إلا بما يرضيني، كي أرضيني  سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Aku menerima orang lain tapi aku tidak meniru mereka
Kecuali dengan apa yang aku redha, untuk menjadikan diriku redha.
Aku akan menjadi diriku sendiri, seperti diriku sendiri, Inilah aku
Kepuasanku mencukupi diriku, inilah keyakinanku.


>Korus 1<


>Korus 2< **سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
 aku akan menjadi ape yang aku redha untuk diriku.
Aku tidak akan mencari redha mereka.


**وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan menjadi siapa yang aku cintai
Mengapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka?

>Korus 2<

>Korus 1<


the end

XOXO

Review Bloglist By MiyaAmira


Review Bloglist By MiyaAmira | Assalamualaikum semua bloggers dan selamat pagi. Hari ni nak curi masa sikit untuk review rakan blogger yang sudi join Miya punya segmen. Almira Alwani pblog Puteri Warna Warni. Miya minta maaf sebab tak banyak yang dapat menceritakan mengenai tuan punya blog sebab Miya xdapat nak mendapatkan maklumat mengenai saudari Almira Alwani. Tapi yang Miya tahu dia seorang yang supportive another blogger. Sebab nampak macam banyak juga dia join segmen yang dianjurkan oleh blogger. 

Miya da survey Almira Alwani punya blog and miya ada jumpa satu page mengenai online shop so mungkin dia seorang businesswoman kot. Sapa-sapa yang suka sangat beli on9 xpom suka cuci-cuci mata boleh la tekan fanpage tu and tekan je like. So jom la tekan button follow kat http://almiraalwani.blogspot.com . Jom tambahkan kenalan. Berkawan biar beribu bercinta biar satu...


tu tekan kat like tu 

xoxo

Review Movie : Paul Blart - Mall Cop II


Review Movie | Assalamualaikum semua. Miya saja je nak review first movie yang Miya trngok kat wayang untuk semester ni. Ni aktiviti pada 7 Mei 2015 , 11.45 P.M, lepas semua housemates xtau nak buat kerja ape dah walaupom keesokan hari ada kelas pukol 9.30A.M. So dapat suggestion nak p tengok wayang. Firstly nak tgk Pitch Perfect 2 tapi cite ni keluar minggu depan so kami pom sebulat suara nak tengok cite Paul Blart Mall Cop II.

Best la cite ni kalau korang nak gelak-gelak, nak hilang stress. Sebab bila masuk part untuk security mesti ada je adegan yang buat korang gelak. Dah la Maya tu comel je tengok. Dan cite ni pom ada pengajaaran yang boleh kita ambik tau. Miya bagi 7.5/10 kahkahkah...

Movie : Paul Blart Mall Cop 2


Synopsis : Six years after he saved the day at his beloved New Jersey shopping mall, security guard Paul Blart (Kevin James) is taking a well-deserved vacation. In recognition for his hard work, he's won an all-expenses-paid trip to a security convention in Las Vegas, and decides to take his teenage daughter, Maya (Raini Rodriguez), with him. True to form, however, Paul just can't relax and take it easy, so when he uncovers a criminal threat to the hotel, he springs into action.

xoxo



Wednesday, 6 May 2015

Jom Bersyukur

 
Jom Bersyukur | Assalamualaikum semua. Mesti ramai yang tengah berehat ni kan? Apa pom yang korang tengah buat sekarang ni Miya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye. Miya pom sama tengah berehat sambil online ni. Baru je balik dari kelas n baru je lepas quiz. Ingatkan da boleh jawab dah sebab dah buat latihan. Rupanya soalan lain plak yang keluar. Tapi takpelah sebab dapat juga buat sampai abiz walaupom pusing sikit.

Sebenarnya Miya online ni sebab Miya ase xabiz ag share ape yang dapat semalam. Jom Bersyukur adalah sampingan dalam talk semalam sebab setiap perkara yang terjadi mesti ada pengajaran kan? So semalam Prof ada tanya berapa kali sepanjang kita hidup ni kita buat sujud syukur kepada Tuhan Pencipta kita? Prof tanya sepanjang 21 tahun kita hidup ni ada tak kita sujud syukur sebanyak 21 kali? Terkedu kejap nak jawab sebab memang tak sampai macam tu pom.

Sebab tu Prof cakap kita jarang nak bersyukur bila Allah bagi sesuatu yang kita inginkan. Kita tak pernah nak nampak segala kebaikan yang Allah berikan kepada kita. Tapi bila Allah tak makbulkan permintaan kita, kita mula lah nak tuduh Dia macam-macam. Kita cakap Allah tak sayang kita. Kita cakap semua yang buruk-buruk untuk dia. Tapi kita tak tahu Allah benar-benar sayangkan kita tau. Kita sayang kat Dia pom tak sampai macam Dia sayangkan kita. Mungkin bila Allah tak makbulkan permintaan kita sebab dia tahu apa yang terbaik untuk kita n mungkin permintaan tu boleh memudaratkan kita. Mungkin juga Allah suka mendengar rintihan kita padaNya sebab tu Dia tak makbulkan lagi sebab dia nak dengar suara kita meminta padaNya. Betol x? (Tolong jawab betol)

So JOM BERSYUKUR!! Jom kita buat checklist ape yang Allah bagi kat kita tiap-tiap hari. Allah dah izinkan kita bernyawa hari ni. Allah dah izinkan kita menikmati kesihatan, anggota badan and semua la sampai tak dapat nak Miya tulis. So kita buat list semua kemudahan, kebaikan, kenikmatan yang kita dapat n buat list juga untuk kemudaratan, keburukan yang kita dapat. So kita buat perbandingan yang mana lagi banyak kita dapat. Bukan ape, kita kadang-kadang bila ada masalah mula lah kita nak melatah. Miya xcakap kat sapa-sapa pom tapi benda ni jadi kat Miya juga. Sebab tu Miya guna kata ganti nama kita or dalam mandarin ialah wǒmen. Maaf la kalau ape yang Miya bagitau ni ada yang korang tak setuju ke.

Cara Sujud Syukur 

1.  Niat. 
          " sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"

2. takbiratul ihram
angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat

3. satu kali sujud
bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat

atau boleh baca


4. salam
           sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."

Tempat yang paling dekat Allah dengan hambaNya ialah bila bersujud. Tapi kalaulah tempat itu tak sesuai untuk kita sujud cukuplah sekadar kita ucapkan 'Alhamdulillah' . Dengan perkataan tu pom kita dah menunjukkan kita betol-betol bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan pada kita.

Maafkan kalau ada salah silap. Kalau post Miya ada salah tolong tegor ye. Assalamualaikum. Jom Menjadi Ummah yang Sejati. Jom Beramal. InsyaAllah.


xoxo

Monday, 4 May 2015

Review Bloglist By MiyaAmira

Review Bloglist By MiyaAmira | Assalamualaikum geng blogger sekalian. Hari ni Miya rajin sikit nak buat review peserta kedua Segmen Pencarian Bloglist yang Miya buat dalam bulan Februari ari tu. InsyaAllah target Miya sempat review semua blogger yang sudi support segmen Miya.

Ok. Hari ni jom kita kenal tuan punya blogger Sweet Red Cherry.  Korang rasa owner blog ni minat pe bila korang tengok nama blog Sweet Red Cherry? Kalau Miya la kan Miya akan pikir owner ni peminat buat Cherry tak pom owner ni minat colour warna red cherry. Tu je lah pe yang miya pikir. So hari ni jom kenal lebih mendalam blogger ni.



Owner ni adalah Sabahan Blogger n korang boleh panggil dia bbwana. Kak Bbwana suka baking rupanya sebab tu lah nama blog dia Sweet Red Cherry. Kak Bbwana ni buat business juga tahu. Banyak juga la yang dia boleh buat for example, apam, Pavlova, brownies and macam2 lagi la. Korang nak tahu lebih-lebih boleh terjah blog kak Bbwana tau.




Kalau korang nak tahu la kan. Kak Bbwana ni sorang yang xkedekut ilmu kot. Banyak resepi yang kak Bbwana share kat blog dia. So memang rugi la kalau korang tak melawat blog Kak Bbwana.


xoxo
>0-0<

Permulaan Bulan Mei


Image result for bulan mei

Permulaan Bulan Mei | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah permulaan bulan Mei ni kita di beri peluang untuk berehat bersama keluarga yang tercintakan, melancong sana, jumpa members. Tapi cuti Miya kesorangan di Puncak Alam ni tapi Miya pom bersyukur juga cuti 4 hari ni bagi peluang untuk Miya rehat dari kehidupan university tapi juz sehari je. Sehari tu memang Miya tido cukup 8 jam, tengok movie, masak, pasang lagu kuat2 n kemas umah. Lagi tiga hari da start balik dengan keje yang tertunggak, bertambun macam ape dah. Tu la lain kali jangan la tangguh kerja ni. Miya juz tahu cakap je tapi tak terbuat pom semua tu. Hehehehe

Ni juz nak luang masa kejap lepas up to date fail, nota n latihan. Lepas buat latihan QMT yang senang tapi memeningkan kepala sebab step panjang sangat. First time dalam sem ni buat latihan sambil berdenyut kepala. Hahahaha nampak tak Miya ni pemalas orangnya. Jap ag nak sambung buat skrip untuk Mandari plak. Ni lagi satu masalah. Miya tak pandai sangat bab-bab bahasa Mandarin ni. Sebab biasa kalau Miya buat skrip BM or BI memang kejap je, tapi untuk Mandarin ni tak boleh buat skrip suka-suka hati je sebab nanti perkataan tu tak belajar lagi susah pulak nak cari.

Then nak revise balik Financial Report (FAR) sebab Test 1 dah nak dekat. Miya jenis paham dalam kelas tapi bila keluar kelas nak buat latihan memang kelaut lah. Sebelum ni Miya sibuk sangat- sangat dengan aktiviti sebagai student n sebagai ahli persatuan lain. Memang la kita dah bagi masa tapi bila balik dari aktiviti mesti badan da penat. Pastu tido niat nak bangun awal, tapi biasa la bila da tido xsedar lah nak bangun awal. Banyak la lagi subject yang nak kena revise balik sebab ada berapa minggu lagi sebelum final. Then nanti mesti busy dengan banyak benda sebab makin nak dekat final makin banyak assignment. 

Nampak tak permulaan bulan Mei Miya macam mane? Ni tak masuk klimaks lagi. Yang klimaksnya phone Miya da rosak pada 1 May 2015. Miya rasa phone tak rosak tapi dua hari charge still 0% or paling tinggi pom 2%. Bila buka je semua dalam tu ok tapi blh buka kejap je la sebab bateri xde. Dah try semua charger yang ada dalam umah tapi semua tak boleh. Charge pakai lappy je yang masuk 2% tu. Tu pom charge sampai 2 malam. So sekarang Miya tak ada whatsapp, instagram, FB, wechat, n semua lah yang berkait ngan phone tu. Tapi nasib baik lah ada phone lama. So sekarang Miya juz boleh terima msg n kol. Tapi zaman sekarang semua melalui Whatsapp je la kan. Mesti banyak benda yang terlepas mengenai Kelas, Persatuan, Family.

Semua ni adalah dugaan untuk Miya kan. Allah tahu ape yang terbaik untuk hambaNya. Dan Allah tak kan uji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya. 


Image result for student life
mr.google

xoxo