Wednesday, 6 May 2015

Jom Bersyukur

 
Jom Bersyukur | Assalamualaikum semua. Mesti ramai yang tengah berehat ni kan? Apa pom yang korang tengah buat sekarang ni Miya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye. Miya pom sama tengah berehat sambil online ni. Baru je balik dari kelas n baru je lepas quiz. Ingatkan da boleh jawab dah sebab dah buat latihan. Rupanya soalan lain plak yang keluar. Tapi takpelah sebab dapat juga buat sampai abiz walaupom pusing sikit.

Sebenarnya Miya online ni sebab Miya ase xabiz ag share ape yang dapat semalam. Jom Bersyukur adalah sampingan dalam talk semalam sebab setiap perkara yang terjadi mesti ada pengajaran kan? So semalam Prof ada tanya berapa kali sepanjang kita hidup ni kita buat sujud syukur kepada Tuhan Pencipta kita? Prof tanya sepanjang 21 tahun kita hidup ni ada tak kita sujud syukur sebanyak 21 kali? Terkedu kejap nak jawab sebab memang tak sampai macam tu pom.

Sebab tu Prof cakap kita jarang nak bersyukur bila Allah bagi sesuatu yang kita inginkan. Kita tak pernah nak nampak segala kebaikan yang Allah berikan kepada kita. Tapi bila Allah tak makbulkan permintaan kita, kita mula lah nak tuduh Dia macam-macam. Kita cakap Allah tak sayang kita. Kita cakap semua yang buruk-buruk untuk dia. Tapi kita tak tahu Allah benar-benar sayangkan kita tau. Kita sayang kat Dia pom tak sampai macam Dia sayangkan kita. Mungkin bila Allah tak makbulkan permintaan kita sebab dia tahu apa yang terbaik untuk kita n mungkin permintaan tu boleh memudaratkan kita. Mungkin juga Allah suka mendengar rintihan kita padaNya sebab tu Dia tak makbulkan lagi sebab dia nak dengar suara kita meminta padaNya. Betol x? (Tolong jawab betol)

So JOM BERSYUKUR!! Jom kita buat checklist ape yang Allah bagi kat kita tiap-tiap hari. Allah dah izinkan kita bernyawa hari ni. Allah dah izinkan kita menikmati kesihatan, anggota badan and semua la sampai tak dapat nak Miya tulis. So kita buat list semua kemudahan, kebaikan, kenikmatan yang kita dapat n buat list juga untuk kemudaratan, keburukan yang kita dapat. So kita buat perbandingan yang mana lagi banyak kita dapat. Bukan ape, kita kadang-kadang bila ada masalah mula lah kita nak melatah. Miya xcakap kat sapa-sapa pom tapi benda ni jadi kat Miya juga. Sebab tu Miya guna kata ganti nama kita or dalam mandarin ialah wǒmen. Maaf la kalau ape yang Miya bagitau ni ada yang korang tak setuju ke.

Cara Sujud Syukur 

1.  Niat. 
          " sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"

2. takbiratul ihram
angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat

3. satu kali sujud
bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat

atau boleh baca


4. salam
           sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."

Tempat yang paling dekat Allah dengan hambaNya ialah bila bersujud. Tapi kalaulah tempat itu tak sesuai untuk kita sujud cukuplah sekadar kita ucapkan 'Alhamdulillah' . Dengan perkataan tu pom kita dah menunjukkan kita betol-betol bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan pada kita.

Maafkan kalau ada salah silap. Kalau post Miya ada salah tolong tegor ye. Assalamualaikum. Jom Menjadi Ummah yang Sejati. Jom Beramal. InsyaAllah.


xoxo

Post a Comment