Monday, 4 May 2015

Permulaan Bulan Mei


Image result for bulan mei

Permulaan Bulan Mei | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah permulaan bulan Mei ni kita di beri peluang untuk berehat bersama keluarga yang tercintakan, melancong sana, jumpa members. Tapi cuti Miya kesorangan di Puncak Alam ni tapi Miya pom bersyukur juga cuti 4 hari ni bagi peluang untuk Miya rehat dari kehidupan university tapi juz sehari je. Sehari tu memang Miya tido cukup 8 jam, tengok movie, masak, pasang lagu kuat2 n kemas umah. Lagi tiga hari da start balik dengan keje yang tertunggak, bertambun macam ape dah. Tu la lain kali jangan la tangguh kerja ni. Miya juz tahu cakap je tapi tak terbuat pom semua tu. Hehehehe

Ni juz nak luang masa kejap lepas up to date fail, nota n latihan. Lepas buat latihan QMT yang senang tapi memeningkan kepala sebab step panjang sangat. First time dalam sem ni buat latihan sambil berdenyut kepala. Hahahaha nampak tak Miya ni pemalas orangnya. Jap ag nak sambung buat skrip untuk Mandari plak. Ni lagi satu masalah. Miya tak pandai sangat bab-bab bahasa Mandarin ni. Sebab biasa kalau Miya buat skrip BM or BI memang kejap je, tapi untuk Mandarin ni tak boleh buat skrip suka-suka hati je sebab nanti perkataan tu tak belajar lagi susah pulak nak cari.

Then nak revise balik Financial Report (FAR) sebab Test 1 dah nak dekat. Miya jenis paham dalam kelas tapi bila keluar kelas nak buat latihan memang kelaut lah. Sebelum ni Miya sibuk sangat- sangat dengan aktiviti sebagai student n sebagai ahli persatuan lain. Memang la kita dah bagi masa tapi bila balik dari aktiviti mesti badan da penat. Pastu tido niat nak bangun awal, tapi biasa la bila da tido xsedar lah nak bangun awal. Banyak la lagi subject yang nak kena revise balik sebab ada berapa minggu lagi sebelum final. Then nanti mesti busy dengan banyak benda sebab makin nak dekat final makin banyak assignment. 

Nampak tak permulaan bulan Mei Miya macam mane? Ni tak masuk klimaks lagi. Yang klimaksnya phone Miya da rosak pada 1 May 2015. Miya rasa phone tak rosak tapi dua hari charge still 0% or paling tinggi pom 2%. Bila buka je semua dalam tu ok tapi blh buka kejap je la sebab bateri xde. Dah try semua charger yang ada dalam umah tapi semua tak boleh. Charge pakai lappy je yang masuk 2% tu. Tu pom charge sampai 2 malam. So sekarang Miya tak ada whatsapp, instagram, FB, wechat, n semua lah yang berkait ngan phone tu. Tapi nasib baik lah ada phone lama. So sekarang Miya juz boleh terima msg n kol. Tapi zaman sekarang semua melalui Whatsapp je la kan. Mesti banyak benda yang terlepas mengenai Kelas, Persatuan, Family.

Semua ni adalah dugaan untuk Miya kan. Allah tahu ape yang terbaik untuk hambaNya. Dan Allah tak kan uji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya. 


Image result for student life
mr.google

xoxo

Post a Comment