Monday, 28 September 2015

Pencarian Bloglist Oktober - BusyraTakiyudin-


Assalamualaikum dan selamat tengahari
Jom isi masa join segmen by Busyra Takiyudin.



Chaiyok chaiyok and teroskan skill memasak...
nanti miya boleh mencuba...




Wednesday, 16 September 2015

Subject For Part 5


Subject For Part 5 | Assalamualaikum semua dan selamat petang. Macam mane cuti hari ni? Alhamdulillah cuti hari ni miya dapat siapkan assignment part miya so nnt nak kena hantar xde la rushing dah. Saja je nak share subjek yang Miya ambik for this sem. sebab Miya ase sem. ni berat sikit. tapi subject nim for accounting student at UiTM only not for other University. 



subject for this sem (Sem5)
Miya jenis yang suka number xsuka menghafal.. Bukan tak suka tapi susah nak hafal sebijik macam dalam text book. Miya jenis kena paham then boleh karang ayat sendiri. Tapi kebanyakan subjek utk accounting ni banyak membaca dan sikit mengira. Critical subject untuk Miya ialah FAR n MAF. Walaupom dua subject ni primary subject for account tp miya kureng yang ni. Tapi In Sya Allah for this sem I will score all of this subject. So jangan cakap student akaun ni senang la sebab mengira je. Sebab kami kena menghafal, kena hafal n faham standard for accounting. kena kira juga sampai balance, than kena belajar system juga.

Orang cakap semua nak belajar semua susah mane ada yang senang yang penting ada minat and teruskan usaha. In Sya Allah boleh dapat ape yang kita inginkan. 

Tapi miya bersyukur sangat semester ni dapat semua pensyarah yang sempoi n nampak macam boleh bagi miya semangat nak belajar. Memang semua pensyarah sem ni daebak la sebab suka dengan cara diorang ngajar. Yang sorang suka usik n buat lawak tapi susah nak tengok dia gelak. Madam MGT plak suka bertanya sebelum belajar so semua org tak akan berani la nak terlelap dalam kelas. Madam Sya lagi sempoi xberenti senyum n gelak. Suka dengar cara madam sya speaking. Sir Adnan plak every class mesti ada tazkirah pendek paling kejap pom 5 minit n lama pom 15 minit. Bagus la sebab ada pensyarah yang mengingatkan tentang agama. Sebab bila da masuk uni ni susah nak dapat ilmu macam tu. Semua memang hebat la bagi Miya. 

So hope dengan adanya pensyarah macam mereka ni, semua result for this sem better than last sem.

xoxo
>0-0<

Selamat Hari Malaysia


Hari Malaysia | Assalamualaikum semua. Miya nak ucapkan selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat di Malaysia yang berbilang kaum ni. Tanpa kita semua Malaysia tidak akan wujud pada 16 Sept 1963. Tak lupa juga nak ucapkan selamat bercuti ye. Beruntung sapa dapat luangkan masa dengan family masing-masing. Sepatutnya hari ni miya join rakan ke Melaka tapi atas sebab2 tertentu terpaksa menarik diri. Jadi miya mereput saja dekat rumah hari ni. Tapi xpelah boleh la juga buat assignment yang da banyak juga dapat ni. 

Disebabkan hari ni 16 Sept merupakan Hari Malaysia so jom kita mendalami sedikit sejarah mengenai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Sebelum pengisytiharaan ini semenanjung di panggil Tanah Melayu. Manakala Sabah dan Sarawak merupakan sebuah kawasan yang lain. Tetapi disebabkan perjanjian antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah, Sarawak dan Singapura, maka mereka telah menyatukan semua negeri di Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Disebabkan proses menyatukan semua negeri itu maka wujudlah nama "MALAYSIA" . 

Sikit saja sejarah yang Miya boleh share sebab tu je yang miya betol-betol ingat sebab tu pengetahuan Am semua orang kan? Hahahaha,.. Tapi xpe sebab xsalah kongsi ape yang kita tahu kan? Hari ni cuti so, jom kita berblogwalking nak?? Ok lastly Selamat Hari Malaysia and semoga Malaysia terus aman damai. In Sya Allah.

>0-0<
xoxo

Friday, 11 September 2015

Permulaan Semester 2015/2016


Permulaan Semester 2015/2016 | Assalamualaikum semua rakan blogger. Miya nak ucapkan terima kasih kepada blogger yang xjemu singgah blog miya n tinggalkan jejak walaupom dah berbulan miya xupdate blog. Terima kasih banyak ye semoga Miya diberikan kekuatan dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti berblogger ni. Alhamdulillah berakhir sudah minggu pertama untuk semester ke 5 ni dengan jayanya... Walaupom terasa minggu first ni da busy tapi still lagi boleh carry semua tanggungjawab yang ada. 

Kebanyakan student minggu pertama ni adalah minggu rileks lagi. Tapi bagi miya minggu first ni da rasa terkejar-kejar da sebab banyak hal yang nak kena handle.. And for the first time minggu first ni da dapat assignment n next week need to make presentation in the class.. Macam mana ni nak bagi masa antara study ngan persatuan ni... Minggu ni belom habis lagi dengan tanggungjawab. InsyaAllah malam ni akan diadakan meeting untuk berbincang mengenai program persatuan untuk semester ni. Then esop nak ke Shah Alam sebab nak tolong persatuan untuk key in data for sijil World Record yang kitaorg da dapat pada 29 Ogos 2015. Last day for this week still ada meeting about persatuan. Kalan nak dibincangkan disini memang xpernah nak abiz tugas kami.

Manusia ni adalah Khalifah yang terpilih untuk memimpin... Sama ada memimpin diri sendiri ke jalan yang betol ataupom mempin orang lain ke jalan kejayaan... So apabila kita pegang sesuatu jawatan makin besar la tanggungjawab kita so jangan nak mengeluh ye sayang. Alhamdulillah di samping miya handle persatuan ada juga masa ngan geng kelas 5... Minggu first kami da ambk masa dengan bermain badminton... Boleh la release stress sikit bila tgk member2 ni happy sebab dapat main badminton sama-sama.. I Love You Guys... Thats all event for this week...



First meeting for this semester :)

beriadah before ke kelas latihan silat...



nampak tak bertapa busynya org yang bernama Miya Amira ni... hope minggu depan miya boleh tempuhi dengan jayanya... ameen...

xoxo
>0-0<

Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1

Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie | Giveaway lagi.. Jom join ramai2 ye akak and abang2 sekalian...

Giveaway Chocolate Vochelle by Dyan Zakhi


Giveaway Chocolate VOchelle by Dyan Zakhi | Assalamualaikum w.b.t ..Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang miya join giveaway by kak Dyan Zakhi sebab hadiah dia ialah cokolat... Jom ramai2 join giveaway ni mane tau rezeki korang dapat hadiah coklat vochelle ni...miya harap sangat-sangat miya salah sorang yang bertuah.... Kak Dyan pilih la saya sebab saya junior kak dyan kat palam juga... plishhhhh (muka comel)... miya penggemar chocolate dan icecream n miya xkisah pasal gemok or berat badan naik...


xoxo


Wednesday, 9 September 2015

Segmen Bloglist Sept - Dec 2015 by Sh.Amarina


Assalamualaikum semua...
 selamat kembali ke universiti masing2 bagi student degree...
Lama xmengonlinekan diri so hari ni miya nak join segmen2 yang dianjurkan oleh blogger lain...

So kalau ase nak join jugak boleh la tekan banner mcm biasaa..
dia punya syarat xsusah pom...