Tuesday, 29 December 2015

Peristiwa 2015 : Majlis Perkahwinan 1




Peristiwa 2015 : Majlis Perkahwinan | Assalamualaikum dan selamat pagi bloggers semua.. Semalam xsempat nak update sebab baru abz exam petang tu and kepala macam da ting tong sebab soalan tahap kritikal 9/10.. Pastu malam xd lepas isyak teros tido sampai pagi xd pkol 5 baru bangun.. Punya lah ganti tido tu padahal exam ada lagi hari Sabtu ni. Hari ni Miya nak share story yg diluar daripada kisah silat. This is family story plak. 

Alhamdulillah, this year Miya terima dua orang ahli baru dalam family. Both of my eldest sister got married in this year. Kakak sulong Miya kawin bulan Jun tahun ni and Kak Ngah plak baru je lepas kawin 3 minggu lepas.. Mean beza depa kawin tu 6 bulan je. Pastu ada sorang mak saudara Miya buat lawak cakap Miya akan kawin 6 tahun lagi. Emm xtahu la betol ke tak, InsyaALlah akan pertimbangkan and mungkin awal dari 6 tahun kot.. 

Peristiwa masa Kak Long kawin tu memang macam ape dah sebab ni majlis pertama dalam family Miya so banyak yang parent Miya xtahu and xdapat nak prepare dengan sempurna. Miya orang Kelantan and duk pom macam area kampung. So walaupom zaman sekarang zaman catering tapi Umi jenis xsuka nak ambik catering sebab Umi cakap nanti lauk xcukup kalau orang datang lambat, pastu pukul 5 memang da tutup kedai lagi satu anak umi, adik2 umi, umi ngan ayah pom ramai kawan so ramai la yang datang. 

Situasi yang sama untuk kedua-dua mempelai yang miya dapat lalui. Tapi yang Kak Long ni masa miya cuti sem so dari awal sampai akhir sempat tolong, dengan hantaran, dengan door gift sebab semua buat sendiri. Tapi yang kak Ngah ni Miya balik sehari sebelum dia kawin so semua da siap cuma tinggal bahan untuk masak la.. Disebabkan Miya xbuat keje lagi, so yang dapur miya yang kena buat jadi sehari tu miya lepak ngan orang-orang kampung yang duk rewang la. Best jugak borak, gelak dengan makcik-makcik ni..

Izinkan Miya cerita kisah kak Long dulu ye.. Kak Long kawin dengan Abg Munzer yang asalnya dari Terengganu. Both of them kenal dekat Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Kalau nak tahu umur Kak Long lebih setahuun dengan Abg Zer tapi Abg Zer sweet sangat tapi nakal, and overdose angkat bakul diri sendiri...hahaha Sekarang both of them da jadi cikgu and dua-dua mengajar kat Sarawak and daerah sama. Depa kawin lepas da keje kejaaaap je sebab dua-dua duk jauh kan so baik kawinkan teros ada orang jaga Kak Long jugak kat sana. Lagipom before posting lagi depa da merancang tapi belom sampai masanya kot sebab tu xjadi je bila merancang.

Majlis tu berlangsung sehari je. Maksud Miya akad nikah pagi, tengahari terus kenduri. Masa pagi tu memang kalut la, sebab masak pom rewang, nak kena p masjid lagi nak akad nikah. Miya xsempat nak pegi sebab satu saya xmandi lagi sebab kemas umah, buat photobooth, susun kerusi makan, iron baju family so memang xsempat nak tengok la. Alhamdulillah hanya sekali lafaz je kak long da sah jadi milik abg long. Daan sekarang saya bakal jadi mak sedaraa da sebab Kak Long da mengandung 5 bulan da. Tak shabar rasanyaa...

Pada hari yang bahagia tu, ada juga berita yang menyedihkan telah jadi. Time pihak rombongan lelaki datang, semua family keluar sebab nak sambut hantaran kan, masa tu ada plak orang yang tak bertanggungjawaab pecah rumah. Masa tu juga umi buka pintu bilik sebab da masuk zohor senang untuk orang solat. So dia bagi alasan nak solat katanya, jadi orang bagi la masuk.. Tapi makcik yang ditanya tu kata dia xboleh nak nampak or bayangkan wajah suspek tu.. Lepas kejadian kalut menyambut rombongan, ada sorang kawan umi perasan yang semua barang dalam beg dia xde, pastu handbag umi ada depan toilet and semua barang xde. Pastu dengan kasut pom suspect salah pakai sampaikan owner kasut tu xde kasut nak pakai. Jadi sentiasalah beringat bila ada majlis macam tu kat rumah ye. Jangan terlalu seronok dan leka.

Malam tu plak, lauk ngan nasi yang lebih ayah p hantar dekat rumah anak yatim xsilap miya.. Sebagai sedekah umi kata.. Then lauk tu juga miya pulun makan banyak-banyak malam tu sebab banyak lagi kerja yang menanti esop pagi.. Tapi disebabkan makan banyak tu la bangun lambat keesokan pagi, sampai periuk ape semua orang da siap basuhkan.. 

Kenapa miya nak story ni?? Ni pengalaman miya yang miya nak semat kat sini.. Mane tahu nanti terlupa ingatan ke boleh la baca balik untuk mengembalikan ingatan kan..

Nanti Miya sambung story Kak Ngah plak ye...

Pasal story saya tunggu lagi 4 tahun -5 tahun lagi...

Sunday, 27 December 2015

Peristiwa 2015 : Annual General Meeting 2015



Peristiwa 2015 : Annual General Meeting 2015 | Annual general meeting (AGM) adalah satu agenda yang dilaksanakan untuk membentuk sebuah organisasi baru untuk mentadbir sesebuah persatuan. So tahun ni adalah AGM yang pertama kali dilakukan di UiTM Puncak Alam. Sebelom ni persatuan Silat Pusaka Hanafi ni dipegang oleh pelajar UiTM Puncak Perdana sebab kami bergabong tenaga. AGM 2015 ni telah menentukan organisasi yang mentadbir persatuan bagi sesi 2015/2016. 

Bila sebut je pasal AGM ni mesti ada protokol yang nak kena ikot sebab itu adalah meeting rasmi. Meeting ni juga telah mengumpulkan orang-orang besaq bagi persatuan. Contoh YDP Selangor, Penasihat Persatuan, Penyelia Kelas Puncak Alam dan Puncak Perdana. So semua ahli kena jaga pertuturan dalam event tersebut.

Guess what? Miya merupakan presiden perempuan yang pertama untuk persatuan kat sini... Whaaat?? Pemimpin perempuan?? Boleh ke perempuan memimpin? Those are question yang bermain dalam minda miya selama sebulan kot. Down sampai tenggelam bawah tanah sebab nama dipilih untuk jadi pemimpin.. Selama berminggu before event Miya duk berdoa supaya xterpilih.. Tapi da memang Allah nak letak Miya sebagai pemimpin sbb tu nama still naik..

Selama sebulan tu Miya buat endah xendah dengan persatuan tapi bila kerja datang miya cuba selesaikan juga. Sebab hati tak nak terima jawatan tu. Tapi miya xmemberontak la, xtunjuk muka xpuas hati. Miya cuba n cuba mencari semangat dari senior2 yang miya kenal.. Sampai member miya cakap, "ko nampak x walaupom ko berdoa banyak mana tapi Allah tetap nak pilih awak sebagai pemimpin sebab Allah tahu mane yang terbaik. "  Banyak lagi la kata-kata semangat yang Miya dapat dari kak Tasha, Kak Nieyta, Abg Hadi, Abg Ammar, Jehe and others yang bg semangat.

Alhamdulillah da abiz satu sem, so tggl lagi satu sem untuk pegang amanah. Ini semua adalah pengalaman sepanjang menjadi seorang pelajar. Doakan Miya supaya ikhlas bekerja kerana Allah. Doakan Miya juga dapat jawab ngan jayanya paper esop..


AJK AGM 2015

Saturday, 26 December 2015

Peristiwa 2015 : Peserta Demonstrasi Silat

Peristiwa 2015 : Peserta Demonstrasi Silat | Assalamualaikum geng. Dah solat asar belom ni? Kalau belom p solat dulu kalau dah alhamdulillah. Mesti ada yang tertanya ape pasal la budak ni selalu post lepas asar (walaupom xde yang tanya). Ini disebabkan ada orang cakap xelok belajar lepas asar. So Miya online la sebab malas nak bersenam or buat keje lain. Semalam Miya ada cerita mengenai Miya menjadi peserta Rekod Dunia and Rekod Malaysia (klik sini). So hari ni Miya nak throwback sikit mengenai pengelaman menyertai demonstrasi silat. Korang tahu x ape demonstrasi tu? Of course la tahu kan. Demonstrasi silat ni membuat persembahan dihadapan khalayak ramai secara live. Macam belakon gituuu tapi live la xde dalam room, edit dlu baru siarkan. So any mistake xboleh nak edit da.

Setiap kali kami nak berdemo mesti la kena berlatih dulu, kena create buah sendiri and pulun sampai hancuq la. Sebab setiap persembahan mesti la nak perfect kan. Untuk sem ni miya xaktif sangat berdemo and seingat miya la kan juz tiga kali kot untuk semester ni. First mesti la berdemo dalam UiTM Puncak Alam sendiri. Di sebabkan Pengambilan Ahli Baru merupakan aktiviti wajib setiap sem, so memang tiap sem la ada berdemonya. So pada malam tu kami kena berlakon menyerang, pertahankan diri n gerak pembuka and penutup. Semua tu kena buat secara live depan junior2 yang baru masuk UiTM Palam.
Second event kami dapat jemputan dari UiTM Puncak Perdana. Sama juga dengan kes kami. Berdemo sempena Malam Pengambilan Ahlu Baru. Untuk event macam ni kami banyak menggunakan pergerakan yang sama jadi untuk sesi latihan tu boleh kurangkan. Cuma kena ingatkan balik step2 yang kena buat. 

The third demo ialah bila kami mendapat jemputan untuk membuat persembahan di SACC Mall dekat Shah Alam. Pergghh first time buat demo dalam MALL. Persembehan ni sempena pertandingan Kompang Berirama. Best la dengar adik2 main kompang sambil nyanyi and menari. Tak pernah tgk lagi budaya ni kat Kelantan. Tapi senior cakap pertandingan ni dah lama ada dekat area sini. Tapi yang best skali masa demo ni, lepas kami berdemo YDP Selangor, Encik Roslan belanja kami semua makaaan... Bab makan jangan dipelawa mesti nak lerrr...


Kadang-kadang orang cakap, "Ko ni busy je memanjang dengan persatuan xde assignment ke nak buat??" Yup mmg assignment, keje, asessment bertambun sama macam orang lain. Tapi pengalaman dalam berpersatuan ni susah nak dapat. Kalau kita x mencuba kita xtahu. Kalau kita x mencuba kita tak tahu macam mane nak agih masa yang terhad dengan multi task yang tunggu kita. Nanti kita da keje jangan ingat kita stick pada satu tugas je. Nanti tugas kejar kita, kita kejar masa plak.  That's all nak merepek, merapu ari ni... See yah...

sesi latihan. geng ganas tapi ayu..

Senior yang superb
Gegurls sado katanyaa...

Friday, 25 December 2015

KAEDAH BELAJAR "LAST MINIT"

Image result for final exam
KAEDAH BELAJAR "LAST MINIT" | Assalamualaikum semua.. Disebabkan sekarang musim final bagi pelajar degree and master so nah sikit tips yang miya dapat, jumpa and apply beberapa dalam miya punya study.

1) CARI SUASANA BELAJAR
- Paksa diri untuk cari suasana belajar yang kondusif. Elakkan belajar di dalam bilik yang mempunyai tilam dan bantal. Takut lama-lama kita belajar dalam lamunan mimpi. Pergi ke perpustakaan atau fakulti. Bila tengok suasana belajar, harap mampu untuk meransang agar kita terbelajar sama

*Cuba try belajar atas katil, berapa lama boleh tahan. Saya "surrender" dulu.

2) BELAJAR BERKUMPULAN ( STUDY GROUP )
- Kalau kita bergerak seorang, pasti kita mudah tewas dengan pelbagai dugaan. Tetapi jika kita bergerak secara kumpulan, kadang kala kita terpaksa "push" diri kita untuk belajar, kadang kala bukan untuk kita, tetapi sebab belajar berkumpulan itu.

*Tidak salah paksa diri untuk belajar, daripada kita sukarela tidak belajar langsung

3) BANYAK BERCERITA DARIPADA MENGHAFAL
- Sebab itu pentingnya belajar berkumpulan ini. Lepas buat nota, ambil masa untuk mengajar atau bercerita dengan kawan apa yang kita belajar. Buat cerita untuk hafal formula. Otak kita akan mudah terimaginasi dengan cerita daripada hafalan kata kata.

contoh : 
Equation of straight line, Y = mX + c
Buat cerita untuk hafal : Untuk cari garis lurus, Yeos sama je dengan Masak susu X tambah Cili.

*Kamu buat la yang lagi kretif. hihi

4) BANYAK LUKIS SELEPAS TULIS.
- Otak kita akan lebih dan cepat tangkap dengan gambar, warna, nota yang cantik, graphic. Cuba kamu bandingkan 10 minit tengok nota bertulis, dengan 10 minit tengok nota lukisan yang mengambarkan maksud apa yang ditulis. Saya yakin kita tidak perlu ingat setiap ayat yang ada dalam buku, tapi cukuplah ingat isi penting. Setuju setuju?


5) KAJI SOALAN SEMESTER LEPAS
- Adakalanya walaupun kita sudah belajar dari kulit ke kulit, kita perlu kaji strategi bagaimana untuk jawab soalan dan soalan mana yang "prediction" akan keluar untuk peperiksaan akan dating. Bahagi-bahagikan tugas ikut semester bila dengan kawan "study group". Kadang kala, soalan yang sama berulang setiap kali semester. Cuba cek soalan lepas lepas.


6) SUBMIT DOA, MINTA DOA IBU BAPA
- Usaha pun usaha, yakinlah setiap yang berlaku atas urusan NYA. Setiap kali, telefon mak dan ayah untuk mohon didoakan untuk mudah mendapat dekan. Selepas doa, lakukan dengan tindakan. Kalau anda percaya, "miracle" akan berlaku dalam hidup anda.




Peristiwa 2015 : Peserta Rekod Dunia & Rekod Malaysia


Peristiwa 2015 : Peserta Rekod Dunia | Assalamualaikum w.b.t semua. Sebelum berlabuhnya tirai tahun 2015 ni, miya akan cuba throwback peristiwa yang telah terjadi sepanjang tahun 2015 ni. Walaupom minggu depan dah start final exam untuk semester ni, tapi Miya cuba juga untuk menaip kat blog ni. Ape masalah bila nak dekat final baru nak aktif ni ha?? Ini disebabkan gap untuk setiap paper tu lama sangat so bila study banyak-banyak nanti jemu plak (Perasan jew lebih). Masa minggu kelas xsempat nak online sebab banyak sangat assignment and quiz. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kot ada benda alah tu. Sampai menangis tak berlagu jadinya..


Alhamdulillah pada tahun 2015 ni miya berjaya menjadi peserta untuk Rekod Dunia. Rekod Dunia tu weiii!!! Susah untuk kita dapat pengiktarafan dari Dunia ni. Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi telah menganjurkan satu aktiviti yang sangat berprestij pada tahun 2015. Jadi sekarang persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi telah berjaya mencipta rekod dunia "The Largest Silat Lesson" . Bangga sebenarnya dapat menjadi sebahagian dari peristiwa ini. Kalau Miya xjoin tahun ni entah bila lagi dapat merasai detik bersejarah.

MySilat MyFest ini telah diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015. rekod ini telah tercipta dengan penyertaan seramai 12,393 pesilat dari seluruh dunia. Perasaan pada hari kejadian xboleh nak digambarkan sebab terlalu happy, bangga and terharu. Sebab pada hari kejadian pesilat dari UK, Indonesia, Arab and seluruh Malaysia berkumpul bersama-sama bagi mencipta sejarah di stadium yang bersejarah tu. 


Miya mewakili pesilat dari UiTM Puncak Alam and UiTM Puncak Alam merupakan IPT yang paling ramai menghantar penyertaan. Kami berkumpul pukul 7 pagi untuk sesi taklimat and penyerahan pass masuk. Kami bergerak dengan 10 buah bas, 7 buah bas untuk peserta, 2 buah bas untuk steward(sukarelawan) dan sebuah lagi keluarga dari UiTM Puncak Perdana. Dan kami jawatankuasa program bersyukur sangat sebab tiada masalah yang berat menimpa kami semua. Walaupom pada tarikh tersebut terdapat perhimpunan bersis, tapi event kami berjalan dengan jayanyaa...

Di samping mencipta rekod dunia, kami juga memecahkan pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records bagi kategori Persembahan Silat Terbesar (Largest Silat Performance) dan Persembahan Silat Wanita Terbesar (Largest All-Women Silat Performance) yang diciptanya pada tahun 2010. 
Aktiviti yang memang tak boleh nak dilupakan. Terima kasih Persekutuan Silat Cekak Pusaka Hanafi kerana memberi peluang untuk saya merasa perasaan ini. Terima kasih umi ngan ayah sebab always support anak dia dalam berpersatuan. Terima kasih dan tahniah Muhammad sebagai Ketua Program sebab berjaya mengharungi segala dugaan dan rintangan and berjaya menjayakan program ni.



Team Steward
Team Steward
kenangan dan penghargaan.

Wednesday, 23 December 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H


Salam Maulidur Rasul 1436H | Assalamualaikum.
Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling sempurna dan sebaik-baik contoh untuk kita ikuti sepanjang zaman..
Baginda merupakan insan yang sangat mulia di dunia dan di akhirat.

Image result for maulidur rasul 

Sabda Nabi SAW : "Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

Tuesday, 8 December 2015

Sukarelawan Sukan Sea 2017


Image result for sukan sea 2017

Sukarelawan Sukan Sea 2015 | Assalamualaikum w.b.t semua. Maaf la sebab macam da lambat sangat je nak update pasal ni. Sebulan lebih dah pendaftaran ni dibuka kalau tak silap miya la. tapi takpe lah miya nak bagitahu juga and nak ajak juga sapa yang tak buat pendaftaran lagi. Boleh cuba mana tahu terpilih sebagai sukarelawan untuk Sukan SEA 2017 nanti ke. 

Miya da tahu pasal Sukan Sea ni time mula-mula dihebohkan lagi. Miya da siap promote dekat member juga tapi alih-alih miya yang baru daftar hari ni tapi member da lama da daftar. Entah kenapa hari ni tiba-tiba baru je teringat pasal Sukarelawan Sukan Sea 2017 ni padahal minggu ni pack sangat dengan assignment and test. 

Miya bukan ape. Sebab Sukan Sea ni melibatkan negara-negara luar and dengan acara macam ni negara boleh jana income so xsalah la kalau kita sebagai rakyat nak sokong sikit event negara ni. Lagipom masa tu memang Miya xde benda nak buat sebab Sukan Sea ni akan diadakan betol-betol masa Miya abiz study degree. So tak salah isi masa yang terluang dengan aktiviti macam ni kan? So ape kata kita ramai-ramai jadi sukarelawan pada hari kejadian. 

kalau rasa nak daftar boleh la klik link ni yo!!!

Jom la ramai-ramai daftar sebagai volunteer.. Hanya 100,000 permohonan yang akan diterima tapi yang mohon tak semestinya dapat kot. Jom support Sukan Negara. OK masa untuk study balik sebab esop ada Test and presentation. Khamis ni balik Kelantan xsabo ase... ok chiow...

xoxo
>0-0<

Monday, 7 December 2015

Segmen Blogwalking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie.



tarikh tamat >> 15 December 2015

Sunday, 6 December 2015

ITS ART GIVE AWAYYYYY TIME!!!

Assalamualaikum guys...
jom join segmen by afiffirdaus...

http://ai-fif-firdaus.blogspot.my/2015/11/its-art-give-awayyyyy-time.html

klik >> SINI
FB : Afiffrds

tarikh tutup >> 15 December 2015

Final Exam Menjengah Lagi


Final Exam | Semester ni Miya rasa cepat sangat masa berlalu. sangat-sangat cepat bagi Miya. Esop da masuk minggu ke-13 dan tinggal lagi dua minggu before Final menjengah kami. Tapi nasib baik semester kali ni bagi study week seminggu kalau x mesti tak ready nak masuk dewan exam. Tapi dalam masa dua minggu ni banyak sangat task yang nak kena selesaikan and yang pastinya presentation akan berderet-deret la dalam dua minggu ni.

Alhamdulillah sem ni 5 paper yang akan ambik untuk final tapi tough jugak la 5 paper ni.. SO first paper nanti mungkin akan start 28/12/2015 tapi tak tahu subject ape lagi sebab jadual xkeluar lagi..  wish me luck guys....love yahh... 


p/s : curi masa sikit dari buat report sebab da tak tahu nak tulis ape dalam report... :)
>0-0<