Friday, 25 December 2015

KAEDAH BELAJAR "LAST MINIT"

Image result for final exam
KAEDAH BELAJAR "LAST MINIT" | Assalamualaikum semua.. Disebabkan sekarang musim final bagi pelajar degree and master so nah sikit tips yang miya dapat, jumpa and apply beberapa dalam miya punya study.

1) CARI SUASANA BELAJAR
- Paksa diri untuk cari suasana belajar yang kondusif. Elakkan belajar di dalam bilik yang mempunyai tilam dan bantal. Takut lama-lama kita belajar dalam lamunan mimpi. Pergi ke perpustakaan atau fakulti. Bila tengok suasana belajar, harap mampu untuk meransang agar kita terbelajar sama

*Cuba try belajar atas katil, berapa lama boleh tahan. Saya "surrender" dulu.

2) BELAJAR BERKUMPULAN ( STUDY GROUP )
- Kalau kita bergerak seorang, pasti kita mudah tewas dengan pelbagai dugaan. Tetapi jika kita bergerak secara kumpulan, kadang kala kita terpaksa "push" diri kita untuk belajar, kadang kala bukan untuk kita, tetapi sebab belajar berkumpulan itu.

*Tidak salah paksa diri untuk belajar, daripada kita sukarela tidak belajar langsung

3) BANYAK BERCERITA DARIPADA MENGHAFAL
- Sebab itu pentingnya belajar berkumpulan ini. Lepas buat nota, ambil masa untuk mengajar atau bercerita dengan kawan apa yang kita belajar. Buat cerita untuk hafal formula. Otak kita akan mudah terimaginasi dengan cerita daripada hafalan kata kata.

contoh : 
Equation of straight line, Y = mX + c
Buat cerita untuk hafal : Untuk cari garis lurus, Yeos sama je dengan Masak susu X tambah Cili.

*Kamu buat la yang lagi kretif. hihi

4) BANYAK LUKIS SELEPAS TULIS.
- Otak kita akan lebih dan cepat tangkap dengan gambar, warna, nota yang cantik, graphic. Cuba kamu bandingkan 10 minit tengok nota bertulis, dengan 10 minit tengok nota lukisan yang mengambarkan maksud apa yang ditulis. Saya yakin kita tidak perlu ingat setiap ayat yang ada dalam buku, tapi cukuplah ingat isi penting. Setuju setuju?


5) KAJI SOALAN SEMESTER LEPAS
- Adakalanya walaupun kita sudah belajar dari kulit ke kulit, kita perlu kaji strategi bagaimana untuk jawab soalan dan soalan mana yang "prediction" akan keluar untuk peperiksaan akan dating. Bahagi-bahagikan tugas ikut semester bila dengan kawan "study group". Kadang kala, soalan yang sama berulang setiap kali semester. Cuba cek soalan lepas lepas.


6) SUBMIT DOA, MINTA DOA IBU BAPA
- Usaha pun usaha, yakinlah setiap yang berlaku atas urusan NYA. Setiap kali, telefon mak dan ayah untuk mohon didoakan untuk mudah mendapat dekan. Selepas doa, lakukan dengan tindakan. Kalau anda percaya, "miracle" akan berlaku dalam hidup anda.




Post a Comment