Tuesday, 29 December 2015

Peristiwa 2015 : Majlis Perkahwinan 1




Peristiwa 2015 : Majlis Perkahwinan | Assalamualaikum dan selamat pagi bloggers semua.. Semalam xsempat nak update sebab baru abz exam petang tu and kepala macam da ting tong sebab soalan tahap kritikal 9/10.. Pastu malam xd lepas isyak teros tido sampai pagi xd pkol 5 baru bangun.. Punya lah ganti tido tu padahal exam ada lagi hari Sabtu ni. Hari ni Miya nak share story yg diluar daripada kisah silat. This is family story plak. 

Alhamdulillah, this year Miya terima dua orang ahli baru dalam family. Both of my eldest sister got married in this year. Kakak sulong Miya kawin bulan Jun tahun ni and Kak Ngah plak baru je lepas kawin 3 minggu lepas.. Mean beza depa kawin tu 6 bulan je. Pastu ada sorang mak saudara Miya buat lawak cakap Miya akan kawin 6 tahun lagi. Emm xtahu la betol ke tak, InsyaALlah akan pertimbangkan and mungkin awal dari 6 tahun kot.. 

Peristiwa masa Kak Long kawin tu memang macam ape dah sebab ni majlis pertama dalam family Miya so banyak yang parent Miya xtahu and xdapat nak prepare dengan sempurna. Miya orang Kelantan and duk pom macam area kampung. So walaupom zaman sekarang zaman catering tapi Umi jenis xsuka nak ambik catering sebab Umi cakap nanti lauk xcukup kalau orang datang lambat, pastu pukul 5 memang da tutup kedai lagi satu anak umi, adik2 umi, umi ngan ayah pom ramai kawan so ramai la yang datang. 

Situasi yang sama untuk kedua-dua mempelai yang miya dapat lalui. Tapi yang Kak Long ni masa miya cuti sem so dari awal sampai akhir sempat tolong, dengan hantaran, dengan door gift sebab semua buat sendiri. Tapi yang kak Ngah ni Miya balik sehari sebelum dia kawin so semua da siap cuma tinggal bahan untuk masak la.. Disebabkan Miya xbuat keje lagi, so yang dapur miya yang kena buat jadi sehari tu miya lepak ngan orang-orang kampung yang duk rewang la. Best jugak borak, gelak dengan makcik-makcik ni..

Izinkan Miya cerita kisah kak Long dulu ye.. Kak Long kawin dengan Abg Munzer yang asalnya dari Terengganu. Both of them kenal dekat Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Kalau nak tahu umur Kak Long lebih setahuun dengan Abg Zer tapi Abg Zer sweet sangat tapi nakal, and overdose angkat bakul diri sendiri...hahaha Sekarang both of them da jadi cikgu and dua-dua mengajar kat Sarawak and daerah sama. Depa kawin lepas da keje kejaaaap je sebab dua-dua duk jauh kan so baik kawinkan teros ada orang jaga Kak Long jugak kat sana. Lagipom before posting lagi depa da merancang tapi belom sampai masanya kot sebab tu xjadi je bila merancang.

Majlis tu berlangsung sehari je. Maksud Miya akad nikah pagi, tengahari terus kenduri. Masa pagi tu memang kalut la, sebab masak pom rewang, nak kena p masjid lagi nak akad nikah. Miya xsempat nak pegi sebab satu saya xmandi lagi sebab kemas umah, buat photobooth, susun kerusi makan, iron baju family so memang xsempat nak tengok la. Alhamdulillah hanya sekali lafaz je kak long da sah jadi milik abg long. Daan sekarang saya bakal jadi mak sedaraa da sebab Kak Long da mengandung 5 bulan da. Tak shabar rasanyaa...

Pada hari yang bahagia tu, ada juga berita yang menyedihkan telah jadi. Time pihak rombongan lelaki datang, semua family keluar sebab nak sambut hantaran kan, masa tu ada plak orang yang tak bertanggungjawaab pecah rumah. Masa tu juga umi buka pintu bilik sebab da masuk zohor senang untuk orang solat. So dia bagi alasan nak solat katanya, jadi orang bagi la masuk.. Tapi makcik yang ditanya tu kata dia xboleh nak nampak or bayangkan wajah suspek tu.. Lepas kejadian kalut menyambut rombongan, ada sorang kawan umi perasan yang semua barang dalam beg dia xde, pastu handbag umi ada depan toilet and semua barang xde. Pastu dengan kasut pom suspect salah pakai sampaikan owner kasut tu xde kasut nak pakai. Jadi sentiasalah beringat bila ada majlis macam tu kat rumah ye. Jangan terlalu seronok dan leka.

Malam tu plak, lauk ngan nasi yang lebih ayah p hantar dekat rumah anak yatim xsilap miya.. Sebagai sedekah umi kata.. Then lauk tu juga miya pulun makan banyak-banyak malam tu sebab banyak lagi kerja yang menanti esop pagi.. Tapi disebabkan makan banyak tu la bangun lambat keesokan pagi, sampai periuk ape semua orang da siap basuhkan.. 

Kenapa miya nak story ni?? Ni pengalaman miya yang miya nak semat kat sini.. Mane tahu nanti terlupa ingatan ke boleh la baca balik untuk mengembalikan ingatan kan..

Nanti Miya sambung story Kak Ngah plak ye...

Pasal story saya tunggu lagi 4 tahun -5 tahun lagi...

Post a Comment