Saturday, 26 December 2015

Peristiwa 2015 : Peserta Demonstrasi Silat

Peristiwa 2015 : Peserta Demonstrasi Silat | Assalamualaikum geng. Dah solat asar belom ni? Kalau belom p solat dulu kalau dah alhamdulillah. Mesti ada yang tertanya ape pasal la budak ni selalu post lepas asar (walaupom xde yang tanya). Ini disebabkan ada orang cakap xelok belajar lepas asar. So Miya online la sebab malas nak bersenam or buat keje lain. Semalam Miya ada cerita mengenai Miya menjadi peserta Rekod Dunia and Rekod Malaysia (klik sini). So hari ni Miya nak throwback sikit mengenai pengelaman menyertai demonstrasi silat. Korang tahu x ape demonstrasi tu? Of course la tahu kan. Demonstrasi silat ni membuat persembahan dihadapan khalayak ramai secara live. Macam belakon gituuu tapi live la xde dalam room, edit dlu baru siarkan. So any mistake xboleh nak edit da.

Setiap kali kami nak berdemo mesti la kena berlatih dulu, kena create buah sendiri and pulun sampai hancuq la. Sebab setiap persembahan mesti la nak perfect kan. Untuk sem ni miya xaktif sangat berdemo and seingat miya la kan juz tiga kali kot untuk semester ni. First mesti la berdemo dalam UiTM Puncak Alam sendiri. Di sebabkan Pengambilan Ahli Baru merupakan aktiviti wajib setiap sem, so memang tiap sem la ada berdemonya. So pada malam tu kami kena berlakon menyerang, pertahankan diri n gerak pembuka and penutup. Semua tu kena buat secara live depan junior2 yang baru masuk UiTM Palam.
Second event kami dapat jemputan dari UiTM Puncak Perdana. Sama juga dengan kes kami. Berdemo sempena Malam Pengambilan Ahlu Baru. Untuk event macam ni kami banyak menggunakan pergerakan yang sama jadi untuk sesi latihan tu boleh kurangkan. Cuma kena ingatkan balik step2 yang kena buat. 

The third demo ialah bila kami mendapat jemputan untuk membuat persembahan di SACC Mall dekat Shah Alam. Pergghh first time buat demo dalam MALL. Persembehan ni sempena pertandingan Kompang Berirama. Best la dengar adik2 main kompang sambil nyanyi and menari. Tak pernah tgk lagi budaya ni kat Kelantan. Tapi senior cakap pertandingan ni dah lama ada dekat area sini. Tapi yang best skali masa demo ni, lepas kami berdemo YDP Selangor, Encik Roslan belanja kami semua makaaan... Bab makan jangan dipelawa mesti nak lerrr...


Kadang-kadang orang cakap, "Ko ni busy je memanjang dengan persatuan xde assignment ke nak buat??" Yup mmg assignment, keje, asessment bertambun sama macam orang lain. Tapi pengalaman dalam berpersatuan ni susah nak dapat. Kalau kita x mencuba kita xtahu. Kalau kita x mencuba kita tak tahu macam mane nak agih masa yang terhad dengan multi task yang tunggu kita. Nanti kita da keje jangan ingat kita stick pada satu tugas je. Nanti tugas kejar kita, kita kejar masa plak.  That's all nak merepek, merapu ari ni... See yah...

sesi latihan. geng ganas tapi ayu..

Senior yang superb
Gegurls sado katanyaa...

1 comment: