Friday, 25 December 2015

Peristiwa 2015 : Peserta Rekod Dunia & Rekod Malaysia


Peristiwa 2015 : Peserta Rekod Dunia | Assalamualaikum w.b.t semua. Sebelum berlabuhnya tirai tahun 2015 ni, miya akan cuba throwback peristiwa yang telah terjadi sepanjang tahun 2015 ni. Walaupom minggu depan dah start final exam untuk semester ni, tapi Miya cuba juga untuk menaip kat blog ni. Ape masalah bila nak dekat final baru nak aktif ni ha?? Ini disebabkan gap untuk setiap paper tu lama sangat so bila study banyak-banyak nanti jemu plak (Perasan jew lebih). Masa minggu kelas xsempat nak online sebab banyak sangat assignment and quiz. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kot ada benda alah tu. Sampai menangis tak berlagu jadinya..


Alhamdulillah pada tahun 2015 ni miya berjaya menjadi peserta untuk Rekod Dunia. Rekod Dunia tu weiii!!! Susah untuk kita dapat pengiktarafan dari Dunia ni. Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi telah menganjurkan satu aktiviti yang sangat berprestij pada tahun 2015. Jadi sekarang persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi telah berjaya mencipta rekod dunia "The Largest Silat Lesson" . Bangga sebenarnya dapat menjadi sebahagian dari peristiwa ini. Kalau Miya xjoin tahun ni entah bila lagi dapat merasai detik bersejarah.

MySilat MyFest ini telah diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015. rekod ini telah tercipta dengan penyertaan seramai 12,393 pesilat dari seluruh dunia. Perasaan pada hari kejadian xboleh nak digambarkan sebab terlalu happy, bangga and terharu. Sebab pada hari kejadian pesilat dari UK, Indonesia, Arab and seluruh Malaysia berkumpul bersama-sama bagi mencipta sejarah di stadium yang bersejarah tu. 


Miya mewakili pesilat dari UiTM Puncak Alam and UiTM Puncak Alam merupakan IPT yang paling ramai menghantar penyertaan. Kami berkumpul pukul 7 pagi untuk sesi taklimat and penyerahan pass masuk. Kami bergerak dengan 10 buah bas, 7 buah bas untuk peserta, 2 buah bas untuk steward(sukarelawan) dan sebuah lagi keluarga dari UiTM Puncak Perdana. Dan kami jawatankuasa program bersyukur sangat sebab tiada masalah yang berat menimpa kami semua. Walaupom pada tarikh tersebut terdapat perhimpunan bersis, tapi event kami berjalan dengan jayanyaa...

Di samping mencipta rekod dunia, kami juga memecahkan pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records bagi kategori Persembahan Silat Terbesar (Largest Silat Performance) dan Persembahan Silat Wanita Terbesar (Largest All-Women Silat Performance) yang diciptanya pada tahun 2010. 
Aktiviti yang memang tak boleh nak dilupakan. Terima kasih Persekutuan Silat Cekak Pusaka Hanafi kerana memberi peluang untuk saya merasa perasaan ini. Terima kasih umi ngan ayah sebab always support anak dia dalam berpersatuan. Terima kasih dan tahniah Muhammad sebagai Ketua Program sebab berjaya mengharungi segala dugaan dan rintangan and berjaya menjayakan program ni.



Team Steward
Team Steward
kenangan dan penghargaan.

Post a Comment