Saturday, 18 March 2017

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita



Assalamualaikum. First segmen for 2017.

 insyaAllah nanti akan rajinkan diri untuk join any segmen.

Ayuh ramai-ramai join segmen by kak nieylanadia.

see yah.

Wednesday, 15 March 2017

Sakit Itu Penghapus Dosa

Image result for sakit penghapus dosa


Sakit Itu Penghapus Dosa | Assalamualaikum semua. Selamat kembali ke blog yang dah lama uzur dan diselaputi debu yang tebal 6 inci dah. I'm come back because i think i will have time to spend on the blog. Seriously Mira tak berapa nak paham macam mane orang yang da bekerja boleh spend time nak berblogging. Mira intern selama 6 bulan xsempat nak buka blog sebab balik kerja mesti tido awal. Hujung minggu pula mesti nak rehat tak nak buka lappy sebab 5 hari kerja memang nak kena hadap lappy je. So hujung minggu memang nak restkan mata ni.

Back to the topic that I want to share which is Sakit Itu Penghapus Dosa. Alhamdulillah Mira bukan jenis yang cepat demam, selsema, batuk or anything sakit yang senang kena dekat manusia. Tapi after balik je dari Penang sempena Kejohanan Wajadiri 2017, Mira dapat penyakit tiga serangkai iaitu demam, batuk and selsema. Disebabkan da lama tak dapat penyakit ni, so dengan slumber badak xnak makan ubat sebab pikir diri tu da kuat. Keesokan hari, demam makin kuat, batuk dan bersin tak henti-henti. 

Disebabkan makin terok, dalam kelas tak dapat nak fokus. So dalam keadaan tak sedar Mira terlepas cakap. Mira cakap, bencinya demam, ngan batuk ni. Tolong lah cepat sembuh sebab tak suka dalam keadaan lemah ni. Tiba-tiba sorang sahabat tegur, Sakit Itu Penghapus Dosa tak baik cakap macam tu. Sekali dia tegur macam tu, ape lagi hati ni kasi sentap macam kena tikam dengan pedang. Tapi Alhamdulillah ada sahabat yang boleh menegur, kalau tak dah entah kemana diri ini.

Selain sakit itu pengahapus dosa, sakit itu juga merupakan ujian daripada Allah. Ingatlah wahai sahabat sekalian, apabila Allah menguji seseorang hambaNya, itu bererti bahawa Allah sedang memerhati dan menjaga kita. Bila Allah memberi ujian itu kerana Allah menyayangi hambaNya. Bila Allah sudah tidak ingin memadang hambaNya, maka Allah akan memberikan kesenangan, kekayaan dan kesihatan. Hal ini akan menyebabkan manusia itu akan melupakan Allah.

Jika kita perasan, manusia setiap kali dalam masalah kita akan kembali kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Jadi janganlah sesekali kita mengeluh apabila Allah menarik sedikit kesihatan kita.

Setakat itu sahaja bebelan saya pada malam ni. I wanna to thank my crime partner piqaaachuuu because give an advice to me...
See yah.