''When It's Rains, Look For Rainbows and When It's Dark Looks for Thousand Stars."

Tuesday, 20 November 2018

Ape Itu SPREEN?


spreen_logo

APE ITU SPREEN? | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah malam ni Miya nak share sikit satu applikasi atau website yang menarik minat Miya.

Ape itu SPREEN?

 Spreen website telah diciptakan oleh Spreen Event Enterprise untuk kita join segala event yang berkaitan dengan larian. Korang register account dekat Spreen, nanti dia akan keluar banyak event larian yang korang boleh join.


Tetapi, ape yang special, event larian ni tak sama macam event larian yang lain. Kalau event larian yang biasa, kita kena berkumpul di satu tempat pada satu masa than kena start larian ramai-ramai. Tapi miya suka lari ramai-ramai mcm tu sebab baru rasa semangat nak lari. Hahahaha

Tapi, yang Spreen sediakan ni lain sikit, dia macam bagi kelonggaran pada kita untuk start larian kita pada waktu kita suka. Bila korang daftar untuk larian tersebut, korang boleh habiskan dalam masa yang telah ditetapkan oleh pihak Spreen.

Semuanya atas usaha kita sendiri. Kita sendiri yang kena track larian kita menggunakan apps larian untuk detect da berapa kilometer kita lari, dan kita kena upload dalam laman web Spreen gambar tracking larian kita. So kat sini la Spreen akan tahu kita da lari berapa KM. Sama ada kita da abiz buat cabaran kita atau belom. Spreen akan check and verify kita punya larian and at the end depa akan post kat kita medal and others such as lanyard, t-shirt and any more.

Nah Miya bagi contoh la kan. Miya pilih event Autumn 4 Season Series ni ada 4 categories.

1. 5KM - 10 days
2. 10KM - 15 days
3. 21KM - 20 days
4. 42KM - 30 days

Setiap kategori diberi masa yang berbeza untuk kita habiskan larian kita. Dan terdapat juga bayaran yang dikenakan iaitu RM35.00.


Ni pulak merupakan cara-cara untuk kita menyertai event yang kita pilih tu. Bagi Miya cara dia takdelah complicated sangat.


Dan akhir sekali, mestilah T&C which is Terms & Conditions.

So ape lagi, kalau sape-sape rasa dia nak kumpul medal larian, tapi tak boleh nak join event yang serhari tu, korang boleh la try register SPREEN ni. SPREEN ni juga boleh bagi motivasi kat korang untuk berlari or joging. Sebab syarat dia korang boleh berjalan, berlari or korang just guna treadmill kat gym je. So simple right.

So jom amalkan cara hidup sihat. Nanti Miya share first event yang Miya join dalam SPREEN.

XOXO

Monday, 19 November 2018

Biografi Nabi Muhammad S.A.W


Biografi Nabi Muhammad S.A.W | Nah Miya share sikit biografi Nabi Muhammad. Minta dari sahabat jauh di sana.

Perbanyakkan selawat keatas Baginda. Moga kita mendapat syafaatnya di akhirat.

Salam Maulidur Rasul 1440 Hijrah

Salam Maulidur Rasul 1440 Hijrah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada malam ini merupakan 12 Rabiulawal 1440 Hijrah.


12 Rabiulawal merupakan tarikh yang amat penting bagi umat Islam kerana pada tarikh ini lah Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan di muka bumi. Subhanallah terlalu lama meninggalkan kisah sirah-sirah nabi. Kalau boleh nak kembali zaman kecik-kecik dulu sebab Ku ngan Che suka sangat menceritakan kisah-kisah Nabi.

Makin dewasa ni, atas usaha sendiri sama ada ingin mencari dan mengingati ataupom ingin membiarkan kisah tersebut hanya tinggal sebagai sirah semata-mata.

Ok lah. Tak nak membebel panjang cuma ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada semua. 

Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Ingatlah Nabi sayang kita lebih dari orang lain sayang kita.

Salam Maulidur Rasul.

Saturday, 17 November 2018

Segmen Blog Review 2018


Segmen Blog Review 2018 | Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu semua. Tiba-tiba rasa nak join segmen by Shu ni. Jom la ramai-ramai support Segmen Blog Review 2018 ni. Senang sangat syarat dia. Sambil-sambil tu boleh juga blog walking.

Boleh klik dekat banner ye korang.

XOXO

Monday, 12 November 2018

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz | Assalamualaikum semua. Da habis da gelombang 11.11 ye. Hari ni da 12.11 dah. So sape yang memborong dekat Lazada, Shoppee and others hari tu sila angkat tangan. Hahahahaha.

Back to the main topic. Ni da nak pertengahan bulan November than next December pastu masuk la tahun 2019. So saya kalau boleh nak la planner free ni dari Lullabyssz ni. Harap-harap la ada rezeki kat sini. 

Miya suka kumpul planner, biasa xde la guna pada tarikh tersebut. Cuma Miya suka kumpul and buat tulis ilmu yang baru. Sebab sejak da kerja ni susah nak dapat new knowledge. Kena cari sendiri la kan.

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Haaa. Sape yang nak join juga giveaway ni boleh la tekan banner kat atas ni ye.

XOXO

Friday, 9 November 2018

Victoria's Secret Buat Promosi RM42

Victoria's Secret Buat Promosi RM42 | Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini dan esok Victoria's Secret ada buat offer untuk body mist dan juga lotion. Daripada harga RM79.00 korang boleh beli dengan harga RM42.00 satu.


Kebanyakan kedai semua buat sales semperna 11.11 tapi xtahu nape VS ni buat sales pada tarikh 09/11 hingga 10/11.


Hari ni kami semua kerja half day sebab office dalam renovate lagi. Pastu officemates inform yang VS ada buat sales hari ni. So kami sepakat la pergi beli VS sambil makan di Sushi King sebab Miya tiba-tiba mengidam sushi mengalahkan orang yang mengandung pulak kan. Nasib baik keje halfday, so xramai orang dekat VS tu. Sebab Pika bagitau kalau VS buat sales mesti penuh sangat orang sampai boleh buat gadoh. HAHAHA

Actually Miya tak pernah nak beli benda yang macam ni sebab pening nak masuk kedai yang jual perfume. Lepas solat zohor, Miya inform kawan yang xnak follow g Victoria's Secret sebab nak g Watson and Miya memang xnak beli body mist. Tapi sekali pergi sana nak kacau diaorang, tapi ngan Miya terbeli and yang lawak beli dua pulak tu. Adoii perempuan ni mmg betol la cepat berubah.



Miya beli dua jenis yang bawah ni. Satu Love Addict and satu lagi Pure Seduction. At first niat nak beli untuk Umi je la. So tanya la Pika yang mana sesuai untuk bagi kat mak, So dia bgtau yang Pure Seduction ni okay. Than terus ambik. Sekali tengah try bau body mist lain boleh pulak tersuka dengan bau Love Addict. So ambik le dua-dua. Sekali sekala shopping untuk diri sendiri. HUHUHUHU.
Fragrance Mist Fragrance Mist

So done shopping untuk bulan 11. Tak sempat nak tunggu sales 11.11 ni. hahahaaha. Actually korang boleh beli dengan harga lagi murah dalam laman web Victoria's Secret [tekan link] iaitu korang boleh dapat dalam harga RM26.00 cuma kena bersabar la sebab kadang-kadang laman web dia ada problem. Tapi kalau yang tak pernah try Victoria's Secret macam saya ni, korang kena g kedai la sebab ada banyak sangat pilihan.


Ok done. Malam ni wangi la bilik semua orang sebab excited dengan benda baru kan??

So esok boleh la nak p serbu Victoria's Secret cumaa mesti ramai sangat orang. Happy Weekend korang. Jaga diri. 

Thursday, 8 November 2018

Pencarian Bloglist December 2018 oleh Airah Syahirah


Pencarian Bloglist December 2018 oleh Airah Syahirah | Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Moh le kita mulakan hari ni dengan join segmen by Airah Syahirah ni ye.

Untuk information Airah, saya ni memang suka makan le especially burger.. So entry yang saya suka ialah Ayam dan Burger Korean Marrybrown. Nampak sedap sangat burger tu. Macam nak kena p try jugak sekali nii.



Happy working guys

XOXO

Tuesday, 6 November 2018

Selamat Hari Deepavali

Selamat Hari Deepavali | Selamat menyambut hari deepavali kepada semua penganut agama Hindu. 

Image result for depavali dan merak
GAMBAR DARI GOOGLE

So meh nak gitau ape itu Deepavali based on Google search la ye. Miya xde kawan Indian walaupom terasa jugak nak berkawan. 

Perayaan Deepavali menandakan kemenangan untuk melawan nafsu jahat.  Secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. 

Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri mereka untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri mereka.

Perkataan Tamil "Deepavali" merupakan kombinasi dua perkataan. "Deepam" membawa maksud "Cahaya" atau "Lampu" manakala "Vali" bermaksud "Arah" atau "Jalan". -Wiki-

Happy Diwali and happy public holiday.

Saturday, 3 November 2018

Konvokesyen UiTM 2018



Konvokesyen UiTM 2018  | Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Hari ni tiba-tiba rasa nak throwback zaman belajar tahun lepas. Siapa yang tak rindu zaman belajar kan. Semua orang akan rasa nak ulang balik zaman tersebut. Tapi hidup harus kehadapan. 

Alhamdulillah, tahun 2018 merupakan tahun untuk konvokesyen bagi batch 1994. Semua kawan-kawan termasuk miya sendiri da berjaya memiliki segenggam Ijazah Sarjana Muda. Ramai kawan yang baru je lepas konvokesyen minggu lepas tapi Miya da konvo masa bulan 4 hari tu iaitu masa Istiadat Konvokesyen UiTM ke - 88. 
Image result for konvokesyen uitm ke 89 2018

Miya sempat ke majlis konvokesyen kawan dari sekolah rendah lagi. Tapi sebenarnya dua dalam satu juga la. Sebab dia konvo kat UiTM Machang, Kelantan. So ambil la kesempatan untuk balik kampung sekali kan. Gigih naik bas malam Jumaat after office hour. Sampai pagi tu lepas Subuh tido kejap than bangun kemas2 dapur sikit, borak ngan Umi sambil siap2. Dalam pukul 10 macam tu kawan datang ambik terus gerak p Machang.

Sempat la buat surprise dekat Iqa sampai dia nangis. Sebab mmg tak inform dia pom kami nak p. Pagi tu kol dia wish congrates and inform dia nak p Ampang umah Una. So memang dia xjangka la kami datang. Im so happy when I can see her happy. 


Miya memang rapat ngan family Iqa sebab abah dia kawan ayah Miya. So mmg lagi rapat la kan.


Bila tengok orang konvo, kita pom rasa macam nak konvo sekali lagi. Rasa macam nak sambung tapi macam tak mampu je. Hahahahaha. 


Tahniah sekali lagi kepada semua graduan yang telah berjaya mengharungi penat lelah semasa di Universiti masing-masing. Selamat datang ke alam pekerjaan yang lebih mencabar dari alam belajar. Inn Shaa Allah ikhlas kerana Allah dan redha boleh bantu kita mengharungi semua dugaan. 

Love yah. Happy weekend geng.

Friday, 2 November 2018

Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi


Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi | Assalamualaikum dan selamat malam semua. Nampak gayanya ramai yang buat segmen sebelum akhir tahun ni.

Moh le ramai-ramai join segmen by OM ni. Esok last day tau korang. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, segmen pom telah habis.

Okay sila klik poster di bawah ye korang.


xoxo

#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal


#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal | Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat semua. Pagi-pagi lagi da join segmen. Ni je senang sikit nak post sebelum masuk keje ni haa.

So ape lagi korang, jom le meriahkan segmen by Dunia Zumal ni.


Sila la tekan poster atas ni ye. #7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal.

Thursday, 1 November 2018

Segmen Bloglist by Farah Farhana



Segmen Bloglist by Farah Farhana | Last minit join segmen ni. Hahahaha. Sempat lagi sape yang nak join.

Cepat-cepat sebelum tido.


WORLD SANDWICH DAY


Image may contain: food

WORLD SANDWICH DAY | Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah hari ni da 1 November 2018. Bulan yang kedua terakhir bagi tahun 2018. Cepat sangat masa berlalu.

Semoga urusan kita pada tahun ni yang tinggal 2 bulan sahaja ni akan dipermudahkan oleh Allah.

Hari ini merupakan Sandwich Day guys. Subway buat promotion pada hari ni. Buy 1 Get Free 1. So ape lagi korang. Moh le kita serbu ramai-ramai buat breakfast. 

Sat lagi nak kena p jumpa client kat Damansara, boleh la singgah beli sat subway. 

Moh le kita makan sandwich hari ni ye.

XOXO

Sunday, 21 October 2018

Lagu : Jealous - Labrinth

Lagu : Jealous - Labrinth | One of my favourite song. This song is so emotional, the lyric have deep meaning, the music is so calm. I love it so much.

This song is about the boy feel jealous towards everything that happend to his ex-girlfirend kot. Dah lama released tahun 2014. 


Image result for jealous labrinth

Jealous - Labrinth

I'm jealous of the rain
That falls upon your skin
It's closer than my hands have been
I'm jealous of the rain
I'm jealous of the wind
That ripples through your clothes
It's closer than your shadow
Oh, I'm jealous of the wind
'Cause I wished you the best of
All this world could give
And I told you when you left me
There's nothing to forgive
But I always thought you'd come back, tell me all you found was
Heartbreak and misery
It's hard for me to say, I'm jealous of the way
You're happy without me
I'm jealous of the nights
That I don't spend with you
I'm wondering who you lay next to
Oh, I'm jealous of the nights
I'm jealous of the love
Love that was in here
Gone for someone else to share
Oh, I'm jealous of the love
'Cause I wished you the best of
All this world could give
And I told you when you left me
There's nothing to forgive
But I always thought you'd come back, tell me all you found was
Heartbreak and misery
It's hard for me to say, I'm jealous of the way
You're happy without me
As I sink in the sand
Watch you slip through my hands
Oh, as I die here another day, yeah
'Cause all I do is cry behind this smile
I wished you the best of
All this world could give
And I told you when you left me
There's nothing to forgive
But I always thought you'd come back, tell me all you found was
Heartbreak and misery
It's hard for me to say, I'm jealous of the way
You're happy without me
I-I-It's hard for me to say, I'm jealous of the way
You're happy without me
>the end<
Saja nak share lagu ape yang tengah duk dengar sekarang.

Saturday, 20 October 2018

Apo Masalah : Chat Box Problem


Apo Masalah : Chat Box Problem | Nak share masalah sikit malam ni. Okay Miya baru tahu yang chatbox miya ada problem. Boleh tahu ni sebab kak Zai (www. zinniaza.com) yang bagitahu dekat comment yang dia tak boleh nak tinggalkan comment dekat chat box tu. 


So Miya tengok la, da refresh banya kali still juga tak dapat juga. Dia jadi kosong, malu-malu macam tuan dia ni haa nak keluar.


acanno nak buat ek? Dah buntu dah nak buat macam mane. Pagi tadi tengok okay je lagi. Okay menangis bucu katil. HUHUHHU

xoxo

Hukum Jual Beli Kucing


Image result for kucing

Hukum Jual Beli Kucing | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hal ini saya dapat tahu dan tertanya-tanya bila ternampak IG story salah sorang dari member sekolah. 

Kat situ dia ada bagitahu anak-anak kucing dia dah ada orang ambil. Pastu kat situ dia ada mention mengenai hukum menjual beli kucing. 

Sebelum ni mmg saya tak pernah tahu mengenai masalah atau isu ini. Jadi bila da tertanya-tanya ni, saya terus la buat carian. Cari dalam google dan bertanya dengan beberapa orang kawan yang lebih arif dari saya mengenai isu ini.

Okay, sini saya nak share ape yang saya dapat dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SOALAN
Assalamualaikum ustaz,
Saya nak dapatkan pencerahan daripada ustaz, apakah hukum membela kucing & menjual kucing? Adakah hasil penjualan kucing tersebut haram? Terima kasih ustaz. 

JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Para ulama khilaf dalam masalah ini.

Pertama:
Pendapat bahawa kucing ini haram dijualbeli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:

سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ
Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.
Riwayat Muslim (1569)
Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.
Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)
Kedua:
Pendapat jumhur termasuk Mazhab syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual beli kucing.

Tarjih:
Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas.
Selepas membuat pertanyaan demi pertanyaan dengan beberapa orang, so saya tahu apabila sesuatu hukum itu mempunyai khilaf dan ada pendapat jumhur, kebanyakan ulamak akan mengambil pendapat jumhur kerana apabila ada pendapat khilaf ni kita boleh membuat pilihan.

Wallahuaʿlam

xoxo

Thursday, 18 October 2018

Trip Pulau Perhentian - PART 3



Pulau Perhentian - PART 3 |  Here I came back again to the blog to continue my story at Pulau Perhentian. Harap sangat xde tinggal blog lama-lama macam sebelom ni. 

Okay nak sambung balik story dekat Pulau Perhentian. Kami punya aktiviti Snorkeling start pada pukul 2 berdasarkan Kak Nora bagitahu. Tetapi kami terpaksa tunggu dalam 30 minit sebab bot Belalang Holiday otw hantar orang ke Jetty Kuala Besut. 

Dalam pukul 2.30 macam tu boat Belalang Holiday sampai. For info, Belalang Holiday ada 3 boat dan pada masa tu semua boat Belalang Holiday sampai dalam masa yang sama. 

First boat tu da ada senarai nama and bilangan orang yang akan naik bot tu. Bertapa rasa specialnya bila nama saya yang di panggil dahulu. So ape lagi excited la naik boat and terus p duduk belakang dekat ngan driver. Kat situ spot paling hot la sebab boleh borak-borak dengan driver. So boleh tahu banyak benda pasal Pulau Perhentian ni.

Untuk snorkelling di Pulau Perhentian ni ada banyak check point sebenarnya. Tetapi yang paling famous sekali ada 6 check point.

1. Blue Lagoon


Disini merupakan tempat untuk semua orang selesakan diri dengan alat-alat snorkeling sebab kami cuba untuk belajar berenang dan apungkan diri.  Ada beberapa orang yang first time snorkeling so kena la bagi peluang dekat depa biasakan diri.

2. Fish Point


Second check point kitaorg berenti dekat Fish Checkpoint. Subhanallah banyak sangta ikan yang ada kat situ. Yang penting kami siap boleh sentuh ikan Nemo. Memang comel sangat ikan nemo.

3. Turtle Check Point

Image result for turtle point pulau perhentian

Untuk turtle check point memang tiada gambo banyak video je sebab masa tu excited sangat sebab sampai-sampai je tengok turtle da terapung da. Best je nengok dia duk berenang-renang atas laut tu. Tetapi kejap je dia munculkan dia. Than kami snorkeling di bantu oleh abg boat. So dapat tengok turtle tu dekat dasar laut. Comel sangat, nasib baik tak pandai diving, lau x memang da sampai dasar da.

4. Coral Park


Di Coral Park ni banyak sgt coral² yang ada. Ada yang bulat, ada yang tajam, ada yang macam-macan bunga² pom ada. Tapi serius, semua ni kena tengok ngan mata sendiri baru kita tahu bertapa cantiknya kehidupan dalam laut.



Orang yang suka buat miya jelez sebab dia boleh diving. Bila cakap jangan diving depan kita, lagi la dia buat. Ni abang boat sebelah tapi banyak tolong kitaorg.

5. Shark Check Point

Image result for turtle point pulau perhentian
Ihsan Google
Ni adalah point yang paling kecewa sebab shark tidak menunjukkan diri pada hari kejadian. Menyebabkan miya bercita-cita nak melawat pulau perhentian sekali lagi. Tapi kat sini memang laut dalam, ombak kuat and lagi sekali kehidupan dalam laut sangat mengujakan, sangat lawa.

6. Lata Air Berani


Ni merupakan check point kami yang terakhir. Kat sini ada satu air terjun atau mata air yang berdekatan sangat dengan pantai. 

Air tu xmasin tapi sejuk sangat-sangat. Sejuk sangat tau. Sentuh pom dah sejuk. Abg boat da sediakan bekas untuk cebuk air tu. 

Ada mitos mengatakan sesiapa yang mandi dengan air dari Lata Air Berani akan bertemu jodoh. Tu mitos sahaja tapi kalau bertemu jodoh ape salahnya kan? hahahaa. Jodoh sila datang tegur ye. 

Gambar kat atas ni dapat daripada geng photographer yang baru je kenal atas bot. 

Ramai kan. Tu la geng-geng yang ambil pakej dari Belalang Holiday. 3 boat gerak sekali untuk snorkeling pukul 2. So memang nampak meriah la. 

Tapi serius x tipu trip ni memang best. Semua sporting la. I already miss this trip.

So selesai sudah snorkeling trip di Pulau Perhentian.