Sunday, 10 June 2018

RINDU BERCELOTEH


Image result for rindu

Rindu Berceloteh | Assalamualaikum semua. Miya come back selepas setahun dua bulan blog ini ditinggalkan sunyi sepi tanpa ada sebarang tulisan atau update mengenai kisah miya, tanpa ada menyertai sebarang giveaway dari blogger. Rindu itu memang ada, selalu buka blog, banyak sangat penceritaan yang hanya tinggal sebagai draft sahaja and dah jadi back dated story untuk miya update dalam blog. 



Miya salute la untuk student yang final year tapi masih aktif berblogging. Salute juga untuk ibu-ibu, untuk seorang pekerja yang sempat mengupdate blog (mohon share tips sikit). Selama setahun tak aktif kira dua tahun la terus sebab 2017 ad 3 post je berpunca dari kesibukan tengah practical macam sama tengah keje, pastu final year tiap-tiap minggu ada presentation, ada projek, ada assignment yang nak kena siapkan dan Alhamdulillah sekarang miya da kerja da selama 9 bulan dah. 

Hari ini tercipta sejarah sebab Miya dapat update blog. Yahooooo!!!! Sebab 2 hari ni miya memang dapat berehat dekat rumah walaupom sekarang tengah peak period untuk audit firm. Sebelum ni tiap kali hujung minggu miya kena ke rumah kakak untuk menjadi baby sitter separuh masa. Jadi ibu segera kepada  Mohd Ali Fayyadh (anak buah). Sebab tu la macam xsempat nak update blog tapi sempat la melawat blogger yang lain untuk baca blog korang.

Tapi mungkin lepas raya hujung minggu akan tidak ku miliki lagi sehingga peak period untuk audit dapat di atasi. Doakan kami ye.