''When It's Rains, Look For Rainbows and When It's Dark Looks for Thousand Stars."

Sunday, 21 October 2018

Lagu : Jealous - Labrinth

Lagu : Jealous - Labrinth | One of my favourite song. This song is so emotional, the lyric have deep meaning, the music is so calm. I love it so much.

This song is about the boy feel jealous towards everything that happend to his ex-girlfirend kot. Dah lama released tahun 2014. 


Image result for jealous labrinth

Jealous - Labrinth

I'm jealous of the rain
That falls upon your skin
It's closer than my hands have been
I'm jealous of the rain
I'm jealous of the wind
That ripples through your clothes
It's closer than your shadow
Oh, I'm jealous of the wind
'Cause I wished you the best of
All this world could give
And I told you when you left me
There's nothing to forgive
But I always thought you'd come back, tell me all you found was
Heartbreak and misery
It's hard for me to say, I'm jealous of the way
You're happy without me
I'm jealous of the nights
That I don't spend with you
I'm wondering who you lay next to
Oh, I'm jealous of the nights
I'm jealous of the love
Love that was in here
Gone for someone else to share
Oh, I'm jealous of the love
'Cause I wished you the best of
All this world could give
And I told you when you left me
There's nothing to forgive
But I always thought you'd come back, tell me all you found was
Heartbreak and misery
It's hard for me to say, I'm jealous of the way
You're happy without me
As I sink in the sand
Watch you slip through my hands
Oh, as I die here another day, yeah
'Cause all I do is cry behind this smile
I wished you the best of
All this world could give
And I told you when you left me
There's nothing to forgive
But I always thought you'd come back, tell me all you found was
Heartbreak and misery
It's hard for me to say, I'm jealous of the way
You're happy without me
I-I-It's hard for me to say, I'm jealous of the way
You're happy without me
>the end<
Saja nak share lagu ape yang tengah duk dengar sekarang.

Saturday, 20 October 2018

Apo Masalah : Chat Box Problem


Apo Masalah : Chat Box Problem | Nak share masalah sikit malam ni. Okay Miya baru tahu yang chatbox miya ada problem. Boleh tahu ni sebab kak Zai (www. zinniaza.com) yang bagitahu dekat comment yang dia tak boleh nak tinggalkan comment dekat chat box tu. 


So Miya tengok la, da refresh banya kali still juga tak dapat juga. Dia jadi kosong, malu-malu macam tuan dia ni haa nak keluar.


acanno nak buat ek? Dah buntu dah nak buat macam mane. Pagi tadi tengok okay je lagi. Okay menangis bucu katil. HUHUHHU

xoxo

Hukum Jual Beli Kucing


Image result for kucing

Hukum Jual Beli Kucing | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hal ini saya dapat tahu dan tertanya-tanya bila ternampak IG story salah sorang dari member sekolah. 

Kat situ dia ada bagitahu anak-anak kucing dia dah ada orang ambil. Pastu kat situ dia ada mention mengenai hukum menjual beli kucing. 

Sebelum ni mmg saya tak pernah tahu mengenai masalah atau isu ini. Jadi bila da tertanya-tanya ni, saya terus la buat carian. Cari dalam google dan bertanya dengan beberapa orang kawan yang lebih arif dari saya mengenai isu ini.

Okay, sini saya nak share ape yang saya dapat dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SOALAN
Assalamualaikum ustaz,
Saya nak dapatkan pencerahan daripada ustaz, apakah hukum membela kucing & menjual kucing? Adakah hasil penjualan kucing tersebut haram? Terima kasih ustaz. 

JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Para ulama khilaf dalam masalah ini.

Pertama:
Pendapat bahawa kucing ini haram dijualbeli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:

سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ
Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.
Riwayat Muslim (1569)
Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.
Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)
Kedua:
Pendapat jumhur termasuk Mazhab syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual beli kucing.

Tarjih:
Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas.
Selepas membuat pertanyaan demi pertanyaan dengan beberapa orang, so saya tahu apabila sesuatu hukum itu mempunyai khilaf dan ada pendapat jumhur, kebanyakan ulamak akan mengambil pendapat jumhur kerana apabila ada pendapat khilaf ni kita boleh membuat pilihan.

Wallahuaʿlam

xoxo

Thursday, 18 October 2018

Trip Pulau Perhentian - PART 3



Pulau Perhentian - PART 3 |  Here I came back again to the blog to continue my story at Pulau Perhentian. Harap sangat xde tinggal blog lama-lama macam sebelom ni. 

Okay nak sambung balik story dekat Pulau Perhentian. Kami punya aktiviti Snorkeling start pada pukul 2 berdasarkan Kak Nora bagitahu. Tetapi kami terpaksa tunggu dalam 30 minit sebab bot Belalang Holiday otw hantar orang ke Jetty Kuala Besut. 

Dalam pukul 2.30 macam tu boat Belalang Holiday sampai. For info, Belalang Holiday ada 3 boat dan pada masa tu semua boat Belalang Holiday sampai dalam masa yang sama. 

First boat tu da ada senarai nama and bilangan orang yang akan naik bot tu. Bertapa rasa specialnya bila nama saya yang di panggil dahulu. So ape lagi excited la naik boat and terus p duduk belakang dekat ngan driver. Kat situ spot paling hot la sebab boleh borak-borak dengan driver. So boleh tahu banyak benda pasal Pulau Perhentian ni.

Untuk snorkelling di Pulau Perhentian ni ada banyak check point sebenarnya. Tetapi yang paling famous sekali ada 6 check point.

1. Blue Lagoon


Disini merupakan tempat untuk semua orang selesakan diri dengan alat-alat snorkeling sebab kami cuba untuk belajar berenang dan apungkan diri.  Ada beberapa orang yang first time snorkeling so kena la bagi peluang dekat depa biasakan diri.

2. Fish Point


Second check point kitaorg berenti dekat Fish Checkpoint. Subhanallah banyak sangta ikan yang ada kat situ. Yang penting kami siap boleh sentuh ikan Nemo. Memang comel sangat ikan nemo.

3. Turtle Check Point

Image result for turtle point pulau perhentian

Untuk turtle check point memang tiada gambo banyak video je sebab masa tu excited sangat sebab sampai-sampai je tengok turtle da terapung da. Best je nengok dia duk berenang-renang atas laut tu. Tetapi kejap je dia munculkan dia. Than kami snorkeling di bantu oleh abg boat. So dapat tengok turtle tu dekat dasar laut. Comel sangat, nasib baik tak pandai diving, lau x memang da sampai dasar da.

4. Coral Park


Di Coral Park ni banyak sgt coral² yang ada. Ada yang bulat, ada yang tajam, ada yang macam-macan bunga² pom ada. Tapi serius, semua ni kena tengok ngan mata sendiri baru kita tahu bertapa cantiknya kehidupan dalam laut.



Orang yang suka buat miya jelez sebab dia boleh diving. Bila cakap jangan diving depan kita, lagi la dia buat. Ni abang boat sebelah tapi banyak tolong kitaorg.

5. Shark Check Point

Image result for turtle point pulau perhentian
Ihsan Google
Ni adalah point yang paling kecewa sebab shark tidak menunjukkan diri pada hari kejadian. Menyebabkan miya bercita-cita nak melawat pulau perhentian sekali lagi. Tapi kat sini memang laut dalam, ombak kuat and lagi sekali kehidupan dalam laut sangat mengujakan, sangat lawa.

6. Lata Air Berani


Ni merupakan check point kami yang terakhir. Kat sini ada satu air terjun atau mata air yang berdekatan sangat dengan pantai. 

Air tu xmasin tapi sejuk sangat-sangat. Sejuk sangat tau. Sentuh pom dah sejuk. Abg boat da sediakan bekas untuk cebuk air tu. 

Ada mitos mengatakan sesiapa yang mandi dengan air dari Lata Air Berani akan bertemu jodoh. Tu mitos sahaja tapi kalau bertemu jodoh ape salahnya kan? hahahaa. Jodoh sila datang tegur ye. 

Gambar kat atas ni dapat daripada geng photographer yang baru je kenal atas bot. 

Ramai kan. Tu la geng-geng yang ambil pakej dari Belalang Holiday. 3 boat gerak sekali untuk snorkeling pukul 2. So memang nampak meriah la. 

Tapi serius x tipu trip ni memang best. Semua sporting la. I already miss this trip.

So selesai sudah snorkeling trip di Pulau Perhentian. 

Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga December 2018 ciklapunyabelog

Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga December 2018 ciklapunyabelog | Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni kita join pulak segmen by Cikla ni. Saya da lama follow semua media sosial akak tauu. Heheheehe.

Harap le termasuk 10 orang yang bertuah untuk jadi bloglist Cikla ni.

Sila lah klik link di poster ye.

Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog.

XOXO

Tuesday, 16 October 2018

Segmen Saya Nak Buku Free By Cuya


Segmen Saya Nak Buku Free By Cuya | Assalamualaikum. Excited bila tengok ada segmen nak buku free ni geng. Sapa yang taknak buku free kan?

Miya nak buku Meremang - Buku Prima dengan buku Janji Anak Yatim - J.A.Y.


XOXO

Sunday, 14 October 2018

Larangan Merokok di Kedai Makan

Image result for merokok

Larangan Merokok di Kedai Makan | Mulai 1 Januari 2019, para jejaka atau perokok di luar sana tidak boleh merokok di kawasan restoran atau pom gerai makan. Tambahan lagi, memang tiada kawasan merokok yang akan disediakan di kawasan restoran atau gerai makan.

Akta ini dikenakan kepada semua jenis kedai makan. Restoran mewah, restoran, gerai atau warung makan tepi jalan juga terlibat sama.

Sedikit melegakan bagi para wanita, ibu mengandung dan anak-anak kecil. Tetapi hal ini akan membuatkan para perokok dalam kegelisahan. Depa dah tak boleh lepak di kedai makan lama-lama dah sebab tak boleh merokok nanti. Ayuhlah biasakan diri anda untuk 2 bulan lebih ini sebelum dikenakan sebarang denda.


XOXO

Friday, 12 October 2018

10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak

10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak | Assalamualaikum semua dan selamat malam diucapkan kepada semua rakan blogger sekalian. Di media sosial ramai yang share dan repost mengenai Arak kerana isu Oktoberfest. Kita sebagai umat Islam perlu berkeras mengenai isu ini.

Festival itu tidak mendatangkan sebarang hasil pom kepada negara kita, malah arak merupakan minoman yang memabukkan dan mendatangkan banyak keburukan dari segi kesihatan dan kewarasan akal untuk berfikir. Semoga Allah melindungi kita semua dari fitnah dajjal.

Jadi di sini, ada terdapat 10 Golongan Orang yang Dilaknat Allah kerana Arak.


1. Yang Memerah

2. Yang Minta Diperah

3. Yang Meminum

4. Yang Memberi Minum

5. Yang Membawa

6. Yang Menghantar 

7. Yang Membekal

8. Yang Menjual

9. Yang Membeli

10. Yang Menyimpan 

Saja nak buat perkongsian di sini, sebab tadi saya share di Instagram, dan kawan ada tegor. Kami as accountant kadang-kadang ada company non muslim. So depa memang akan ada minum la kan untuk company depa. Jadi kawan tanya la, salah ke dia sebagai accountant luar key-in kan transaksi yang berlaku yang berkaitan arak.

Alhamdulillah tempat saya kerja ni takde client non muslim setakat ni, so semua xde yang berkaitan ngan arak lagi.

Lepas dapat soalan macam tu dari member, terus tanya dekat seorang sahabat ni. Dia bagitahu, kalau berdasarkan 10 golongan tersebut, kerja kami ni tak termasuk, sebab kami hanya berurusan dengan resit sahaja.

Kita banyak-banyak la berdoa semoga Allah selalu merahmati kita.

Okay la. lewat da ni. Dah abiz membebel jugak.

Good nitez.

XOXO

Thursday, 11 October 2018

Book's Review : Mata Ketiga




Book's Review : Mata Ketiga | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sejak dua menjak ni, banyak habiskan masa dengan membaca buku. Tak kisah la buku ape pom. Tapi Miya banyak baca buku Novel Cintan Cintun, Novel Seram dan juga Ilmiah. So pada malam ini, bersamaan malam Jumaat, miya nak share satu buku yang bertajuk Mata Ketiga.

Setiap cerita yang diceritakan di dalam buku ini merupakan kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis buku ini. Miya memang seorang yang suka membaca cerita-cerita seram dan pernah juga mengalami pengalaman-pengalaman macam ni. Tapi x sekerap yang di alami oleh penulis buku ini.

Penulis buku Mata Ketiga ialah Zulkifli Ahmad Idrus dan beliau telah diberikan kelebihan oleh Allah untuk terbuka hijabnya. Abg Zul nama gelarannya merupakan Tenaga Pengajar bagi Silat Cekak Pusaka Hanafi. Jadi kadang-kadang ada masa bersama dengannya. Tetapi Miya banyak dengar cerita dari Kak Ira sebab dia tahu Miya mmg suka cerita macam ni. Untuk makluman, Abg Zul juga penulis skrip bagi Drama Villa Ghazara.

Mata Ketiga mengisahkan pengalaman penulis dalam pendakian Gunung Semeru, Indonesia
Image result for semeru indonesia

Selain itu, dalam buku ini ada menceritakan penampakan di bangunan lama, kawasan perumah yang terpencil dan juga sempadan-sempadan negeri di Malaysia. 

Buku ni tidak mempunyai isi kandungan yang berat. Tetapi di sebabkan ianya kisah yang benar menyebabkan bulu roma berdiri tegak juga kadang-kadang.

Sesiapa yang mempunyai minat yang sama, boleh la cuba cari buku ni. Abang Zul da keluarkan banyak buku genre seram macam ni. So boleh la mencari di mana adaa.

"Buku ini ditujukan untuk dunia yang nampak di mata kedua, walau ia ditulis dengan kanta mata ketiga." - Zulkifli Ahmad Idrus

xoxo

p/s : Abg Zul pesan Mereka ada di sekeliling kita.