''When It's Rains, Look For Rainbows and When It's Dark Looks for Thousand Stars."

Tuesday, 20 November 2018

Ape Itu SPREEN?


spreen_logo

APE ITU SPREEN? | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah malam ni Miya nak share sikit satu applikasi atau website yang menarik minat Miya.

Ape itu SPREEN?

 Spreen website telah diciptakan oleh Spreen Event Enterprise untuk kita join segala event yang berkaitan dengan larian. Korang register account dekat Spreen, nanti dia akan keluar banyak event larian yang korang boleh join.


Tetapi, ape yang special, event larian ni tak sama macam event larian yang lain. Kalau event larian yang biasa, kita kena berkumpul di satu tempat pada satu masa than kena start larian ramai-ramai. Tapi miya suka lari ramai-ramai mcm tu sebab baru rasa semangat nak lari. Hahahaha

Tapi, yang Spreen sediakan ni lain sikit, dia macam bagi kelonggaran pada kita untuk start larian kita pada waktu kita suka. Bila korang daftar untuk larian tersebut, korang boleh habiskan dalam masa yang telah ditetapkan oleh pihak Spreen.

Semuanya atas usaha kita sendiri. Kita sendiri yang kena track larian kita menggunakan apps larian untuk detect da berapa kilometer kita lari, dan kita kena upload dalam laman web Spreen gambar tracking larian kita. So kat sini la Spreen akan tahu kita da lari berapa KM. Sama ada kita da abiz buat cabaran kita atau belom. Spreen akan check and verify kita punya larian and at the end depa akan post kat kita medal and others such as lanyard, t-shirt and any more.

Nah Miya bagi contoh la kan. Miya pilih event Autumn 4 Season Series ni ada 4 categories.

1. 5KM - 10 days
2. 10KM - 15 days
3. 21KM - 20 days
4. 42KM - 30 days

Setiap kategori diberi masa yang berbeza untuk kita habiskan larian kita. Dan terdapat juga bayaran yang dikenakan iaitu RM35.00.


Ni pulak merupakan cara-cara untuk kita menyertai event yang kita pilih tu. Bagi Miya cara dia takdelah complicated sangat.


Dan akhir sekali, mestilah T&C which is Terms & Conditions.

So ape lagi, kalau sape-sape rasa dia nak kumpul medal larian, tapi tak boleh nak join event yang serhari tu, korang boleh la try register SPREEN ni. SPREEN ni juga boleh bagi motivasi kat korang untuk berlari or joging. Sebab syarat dia korang boleh berjalan, berlari or korang just guna treadmill kat gym je. So simple right.

So jom amalkan cara hidup sihat. Nanti Miya share first event yang Miya join dalam SPREEN.

XOXO

1 comment

21 November 2018 at 07:01

Menariknya.. track sendiri larian dan dapat medal.. kena rajinkan diri nie..

Post a Comment