''When It's Rains, Look For Rainbows and When It's Dark Looks for Thousand Stars."

Wednesday, 16 January 2019

TRAVEL - Colmar Tropicale, Bukit Tinggi




TRAVEL - Colmar Tropicale, Bukit Tinggi | Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi pada 10 November 2019. Biasa tengok je gambar dari orang lain yang dah melawat kat sana. So kali ni Miya pulak yang boleh p sana.

Colmar Tropicale telah di beroperasi sejak tahun 2000 lagi. Dan sekarang bangunan ni dah berumur 19 tahun dah. Colmar Tropicale dibina dengan bertemakan French Village. Dia punya design bangunan, element dalam kawasan tu and architecture adalah dari French Village. Colmar Tropicale merupakan salah satu wish list Tun Dr Mahathir, pastu Founder of Berjaya Corporation Berhad pom ambil idea ni untuk bangunkan bangunan yang berasaskan French Village.

Ok done cite serba sedikit sejarah Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Back to my story. 



Ok untuk trip ni, kami macam biasa la stay untuk 2 Hari 1 Malam. Korang boleh je pergi balik hari selepas ronda-ronda dan ambk gambo dalam kawasan Colmar Tropicale tu. Tapi kami stay sebab nak celebrate one of our housemate yang akan kawin actually da kawin sebulan da pom masa miya publish story ni. Hahahaha. Banyak backlog punya story ni.


So pagi tu dalam pukul 9.00 pagi kami bertolak ke Bukit Tinggi, Pahang. Miya drive dari Gombak sampai la Bukit Tinggi sebab jalan dia banyak bukit-bukit and kak yanie tak berani nak drive sebab tak kenal jalan lagi. Perjalanan ambil masa 1 jam 30 Minit dari Bandar Seri Putra ke Colmar Tropicale.


Untuk masuk dalam kawasan Colmar Tropicale ni, ada caj yang dikenakan iaitu RM16 seorang untuk dewasa. Ini harga pada tahun 2018 ye. Untuk 2019 Miya tak tahu la ada perubahan ke tak. Tapi untuk sesiapa yang stay sana, korang akan dapat refund balik mengikut bilangan orang max dalam bilik. 



Untuk hotel kami ambil bilik Family Room. Kami dapat dua katil Queen dan juga dua bathroom. Yang paling syok sekali, bilik kami ni dekat level atas sekali so dia macam ada loteng. So bilik kami macam dua tingkat la satu bawah and satu atas. Kalau ikut description laman web dia Family Room ada 2 katil queen and sharing bathroom. Tapi rezeki kami dapat bilik luas macam tu dan juga dua bilik air. This room include breakfast for 4 person. Kalau lebih 4 orang boleh add on ye.



Miya ambik bilik atas sebab ada pintu so boleh tutup pintu bilik lah. Hahahhaha. Ape kaitan Miya pom xtau lah. Tapi kalau bawah dia luas, terbuka, pastu nampak anak tangga nak naik atas. Paham x nak cakap macam seram sikit lah tu je. Hahahaha.

View dari atas.

Tapi kat sana, memang staff dia semua peramah. Pelancong-pelancong lain pom peramah jugak. Borak sana sini situ. I just love at there. Kita da bawak seni bina orang datang sini dengan automotik semua orang dalam kawasan tu berbudi bahasa. Serius rasa macam dekat oversea. Over x Miya. Hahaha

Nanti next post Miya share sikit aktiviti yang boleh buat dekat sana ye. Semua dekat draft cuma tak upload gambo lagi. Bila nak jadi rajin xtau la Miya ni.



Merenung keluar jendela. Bayu pagi meniup lembut.  Lihat bintang diangkasa. Purnama menerangi gelapku. -Joe Flizzo-

Monday, 14 January 2019

Tuisyen @ Masjid 2019

Tuisyen @ Masjid 2019 | Assalamualaikum semua. Malam ni saja nak share pasal aktiviti Masjid Bandar Seri Putra, Bangi. Miya memang suka dengan Masjid ni sebab memang penuh dengan aktiviti yang berilmiah lagi satu sebab memang miya duduk sini jadi Miya hanyak tahu aktiviti Masjid Bandar Seri Putra je la kan..

Image may contain: text

Kali ni pihak masjid menawarkan program Tuisyen @ Masjid 2019. Program ini merupakan usahamasa syarikat korporat dengan Masjid Bandar Seri Putra. Tuisyen ini ditawarkan untuk yang berumur seawal 4 Tahun sehingga berumur 17 Tahun. 

Kelas akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan juga Ahad. Dan Yuran untuk mengikuti Tuisyen ini ialah RM100.00 setahun (per subjek). Manakala bagi golongan Asnaf pula program ini adalah percuma.

Boleh cepat-cepat daftar sebab kelas da nak bermula pada 02/02/2019. Lagi 3 minggu je. Dan kepada sesiapa yang berminat untuk mengajar boleh hubungi no yang tertera ye.

Semoga Allah merahmati segala usaha kita demi Islam tercinta. Ameen

Sunday, 13 January 2019

AEON MALL NILAI AKAN DIBUKA


AEON MALL NILAI AKAN DIBUKA | Assalamualaikum semua. Im too excited sebab mall yang berdekatan dgn tempat tinggal Miya akan dibuka dan Aeon Mall Nilai merupakan Aeon Mall yang terbesar di Malaysia.

Kalau tengok dengan list kedai yang bakal dibuka pom menarik. Okay da ada family mart area Nilai, ada Kfry so xpayah nak ke One Utama dan IOI City Mall dah lepas ni. Macam menarik and tak sabar nak ajak satu office g sana sebab 15 - 20 minit je dari sini.

Aeon Mall Nilai akan di buka pada 17 January 2019 pada hari Khamis.

So orang Nogori lepas ni boleh serbu ramai-ramai Aeon Mall ni ye.

Thursday, 10 January 2019

Hidup Secara Positif Hindari Sikap Negatif



Hidup Secara Positif Hindari Sikap Negatif | Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah esok da hari Jumaat iaitu hari yang penuh barakah. Tapi esok Miya banyak appointment luar dengan client sebab da start da musim peak period for account and audit. 

Ok back to the topic. 

"Belajar jadi pemaaf, Berhenti jadi pembenci, berhenti salahkan oran lain dan belajar perbetulkan diri"

1. Belajar jadi pemaaf.  Kita sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita yang membuat salah dan kadang-kadang orang lain pula yang buat salah dengan kita. Kalau geram macam mana sekali pom cuba dan cuba untuk memaafkan kesilapan orang tersebut. Susah untuk kita betul-betul maafkan orang yang buat salah. Macam mana kita nak lupakan salah orang, nak ikhlas maafkan orang. Memang nak tulis, nak cakap senang. Tapi kalau kita selalu ingatkan diri kita, inn shaa Allah kita boleh maafkan dia.

2. Berhenti jadi pembenci. Orang yang ada sikap pembenci ni kemungkinan besar mempunyai masalah hati atau dipanggil penyakit hati. Dia tak boleh nak tengok orang senang, orang gembira bahagia. Mesti dia akan benci dekat orang tu dan cuba untuk membuat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain pom benci juga kepada si dia. Orang yang macam ni memang takkan pernah bahagia. Tak senang duduk bila orang lebih dari dia.

3. Berhenti salahkan orang lain. Kalau setiap manusia tidak mempunyai sikap ini, miya rasa bumi ini cukup aman. Bila seseorang yang buat salah mengaku dengan silap diri sendiri, hal ini boleh mengelakkan dari berlaku pergaduhan atau peperangan mulut. Janganlah kita jadi entiti yang ada di dalam lagu "Bangau Oh Bangau" saling salahkan satu sama lain. Sampai ke sudah leer tak selesai masalah tu.

4. Belajar perbetulkan diri sendiri. Yang ini merupakan satu tindakan yang amat susah nak dilakukan oleh kita. Yang kedua susah kot. Kalau kita cuba sorang diri, kita takkan lama dalam landasan tu. At the end kita akan rasa yang diri kita xsalah, diri kita da buat benda betul dan sebagainya.  Dalam proses ni, kita memang perlukan orang yang betul-betul ikhlas dengan kita, yang boleh tegur salah silap kita supaya kita boleh perbetulkan diri kita. Kalau setiap orang belajar untuk perbetulkan diri sendiri, takkan ada manusia yang kurang baik di Malaysia ni.

Actually ni ape yang ada dalam buku nota masa Form 3 dekat sekolah dulu. Jadi Miya nak share dekat sini takot la Umi Miya terbuang buku nota kesayangan Miya ni. Miya memang banyak buku nota tapi semua sayang nak buang.

Terima kasih daun keladi, kalau sudi baca la lagi.
xoxo

Monday, 7 January 2019

Mati Itu Pasti


Image result for mati itu pasti ayat quran

Mati Itu Pasti | Assalamualaikum semua. Semalam Miya ada terima khabar berita mengenai kematian ibu kepada seorang senior yang agak rapat dengan Miya. Dapat je berita ni terus tangan terketar, pikiran pom blank xtau nak pikir for the next step. Sepatutnya Miya kena inform dekat group office pasal berita ni. Tapi xboleh nak pikir untuk ambik tindakan tu.

Miya terus bangun ambik wudhu and terus baca Yassin untuk arwah Ibu senior Miya. Air mata mengalir sebab Miya pikir macam mana keadaan Miya kalau duduk dalam situasi senior tu. Miya pikir macam mana keadaan Miya akan meninggal nanti. Cukup tak amal yang nak bawa bekal ke sana. So malam ni saja nak membebel dalam blog. Nak bagi ingatan untuk diri sendiri dan rakan Blogger yang lain.

MATI ITU PASTI

Ada beberapa Firman Allah didalam Al-Quran yang mengingatkan kita mengenai kematian.

1. Surah Al-A'raaf - Ayat 34
 "Tiap-tiap yang mempunyai jiwa akan merasai kematian"

2. Surah Al-An'aam- Ayat 2
“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah sesudah itu ditentukannya ajal mu, dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan untuk berbangkit yang ada pada sisi Nya”.

3. Surah Al-Imran - Ayat 145
"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan Izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahal akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur."

Ni antara Ayat-ayat yang ada dalam Quran yang mengingatkan kita tentang kematian.

Semoga pengakhiran hidup kita dalam keadaan yang baik dan dalam husnul khatimah. Aamiin




Sunday, 6 January 2019

2019 Be Nice To Us

2019 Be Nice To Us | Day 4/365.  Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru buat semua dan semoga urusan kita dipermudahkan untuk tahun ni. Hope tak terlambat nak wish Happy New Year la ye. Alhamdulillah masih diberi pinjaman nyawa untuk hari ini. Tapi dah mungkir janji dengan blog sebab da sebulan x update blog. Kahkahkah.

Image result for 2019
Tapi Miya bersyukur sebab pengakhiran 2018 dan permulaan tahun 2019 Miya dapat bersama dengan family, dapat lepak, dapat makan sama-sama walaupom kejap je tapi tu cukup bermakna buat Miya. Mereka merupakan pendorong Miya untuk jadi lebih kuat. 

Tak tahu lah kenapa sejak da dewasa ni, makin takot nak berjauhan dengan family. Dulu masa belajar, kemain lagi sukaa bila nak keluar rumah. Sejak dah kerja ni, nak naik bas balik KL mesti liat, mesti nak nangis. Aiyooo.

Alhamdulillah tahun 2018 tahun yang sangat smooth untuk Miya kecuali bab-bab kerja yang overdose sangat yang menyebabkan Miya boleh nangis depan MCD. Sumpah malu masa tu, duk atas moto sambil cakap telefon ngan Umi and mata mengalir tak ley nak stop walaupom aq tahan macam mana pom. Kenangan sungguh. Semua tengok mesti ingat gaduh dengan BF ni. Tapi bersyukur sangat-sangat untuk 2018. 

So kita dah buka buku baru dah untuk 2019. Banyak sangat benda yang ada dalam kepala untuk Miya capai. Sebelum ni xpernah terpikir macam ni. Tak pernah ada azam untuk dicapai. Nak ikut flow je. Tapi tahun ni, Inn Shaa Allah ada benda yang nak dicapai. 

Semoga semua dipermudahkan untuk kitaa semua. Aamiin.

XOXO