''When It's Rains, Look For Rainbows and When It's Dark Looks for Thousand Stars."

Wednesday, 16 January 2019

TRAVEL - Colmar Tropicale, Bukit Tinggi




TRAVEL - Colmar Tropicale, Bukit Tinggi | Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi pada 10 November 2019. Biasa tengok je gambar dari orang lain yang dah melawat kat sana. So kali ni Miya pulak yang boleh p sana.

Colmar Tropicale telah di beroperasi sejak tahun 2000 lagi. Dan sekarang bangunan ni dah berumur 19 tahun dah. Colmar Tropicale dibina dengan bertemakan French Village. Dia punya design bangunan, element dalam kawasan tu and architecture adalah dari French Village. Colmar Tropicale merupakan salah satu wish list Tun Dr Mahathir, pastu Founder of Berjaya Corporation Berhad pom ambil idea ni untuk bangunkan bangunan yang berasaskan French Village.

Ok done cite serba sedikit sejarah Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Back to my story. 



Ok untuk trip ni, kami macam biasa la stay untuk 2 Hari 1 Malam. Korang boleh je pergi balik hari selepas ronda-ronda dan ambk gambo dalam kawasan Colmar Tropicale tu. Tapi kami stay sebab nak celebrate one of our housemate yang akan kawin actually da kawin sebulan da pom masa miya publish story ni. Hahahaha. Banyak backlog punya story ni.


So pagi tu dalam pukul 9.00 pagi kami bertolak ke Bukit Tinggi, Pahang. Miya drive dari Gombak sampai la Bukit Tinggi sebab jalan dia banyak bukit-bukit and kak yanie tak berani nak drive sebab tak kenal jalan lagi. Perjalanan ambil masa 1 jam 30 Minit dari Bandar Seri Putra ke Colmar Tropicale.


Untuk masuk dalam kawasan Colmar Tropicale ni, ada caj yang dikenakan iaitu RM16 seorang untuk dewasa. Ini harga pada tahun 2018 ye. Untuk 2019 Miya tak tahu la ada perubahan ke tak. Tapi untuk sesiapa yang stay sana, korang akan dapat refund balik mengikut bilangan orang max dalam bilik. 



Untuk hotel kami ambil bilik Family Room. Kami dapat dua katil Queen dan juga dua bathroom. Yang paling syok sekali, bilik kami ni dekat level atas sekali so dia macam ada loteng. So bilik kami macam dua tingkat la satu bawah and satu atas. Kalau ikut description laman web dia Family Room ada 2 katil queen and sharing bathroom. Tapi rezeki kami dapat bilik luas macam tu dan juga dua bilik air. This room include breakfast for 4 person. Kalau lebih 4 orang boleh add on ye.



Miya ambik bilik atas sebab ada pintu so boleh tutup pintu bilik lah. Hahahhaha. Ape kaitan Miya pom xtau lah. Tapi kalau bawah dia luas, terbuka, pastu nampak anak tangga nak naik atas. Paham x nak cakap macam seram sikit lah tu je. Hahahaha.

View dari atas.

Tapi kat sana, memang staff dia semua peramah. Pelancong-pelancong lain pom peramah jugak. Borak sana sini situ. I just love at there. Kita da bawak seni bina orang datang sini dengan automotik semua orang dalam kawasan tu berbudi bahasa. Serius rasa macam dekat oversea. Over x Miya. Hahaha

Nanti next post Miya share sikit aktiviti yang boleh buat dekat sana ye. Semua dekat draft cuma tak upload gambo lagi. Bila nak jadi rajin xtau la Miya ni.



Merenung keluar jendela. Bayu pagi meniup lembut.  Lihat bintang diangkasa. Purnama menerangi gelapku. -Joe Flizzo-