Jom Bersyukur | Assalamualaikum
semua. Mesti ramai yang tengah berehat ni kan? Apa pom yang korang tengah buat
sekarang ni Miya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye. Miya pom
sama tengah berehat sambil online ni. Baru je balik dari kelas n baru je lepas
quiz. Ingatkan da boleh jawab dah sebab dah buat latihan. Rupanya soalan lain
plak yang keluar. Tapi takpelah sebab dapat juga buat sampai abiz walaupom
pusing sikit.
Sebenarnya
Miya online ni sebab Miya ase xabiz ag share ape yang dapat semalam. Jom
Bersyukur adalah sampingan dalam talk semalam sebab setiap perkara yang terjadi
mesti ada pengajaran kan? So semalam Prof ada tanya berapa kali sepanjang kita
hidup ni kita buat sujud syukur kepada Tuhan Pencipta kita? Prof tanya
sepanjang 21 tahun kita hidup ni ada tak kita sujud syukur sebanyak 21 kali?
Terkedu kejap nak jawab sebab memang tak sampai macam tu pom.
Sebab
tu Prof cakap kita jarang nak bersyukur bila Allah bagi sesuatu yang kita
inginkan. Kita tak pernah nak nampak segala kebaikan yang Allah berikan kepada
kita. Tapi bila Allah tak makbulkan permintaan kita, kita mula lah nak tuduh
Dia macam-macam. Kita cakap Allah tak sayang kita. Kita cakap semua yang
buruk-buruk untuk dia. Tapi kita tak tahu Allah benar-benar sayangkan kita tau.
Kita sayang kat Dia pom tak sampai macam Dia sayangkan kita. Mungkin bila Allah
tak makbulkan permintaan kita sebab dia tahu apa yang terbaik untuk kita n
mungkin permintaan tu boleh memudaratkan kita. Mungkin juga Allah suka
mendengar rintihan kita padaNya sebab tu Dia tak makbulkan lagi sebab dia nak
dengar suara kita meminta padaNya. Betol x? (Tolong jawab betol)
So
JOM BERSYUKUR!! Jom kita buat checklist ape yang Allah bagi kat kita tiap-tiap
hari. Allah dah izinkan kita bernyawa hari ni. Allah dah izinkan kita menikmati
kesihatan, anggota badan and semua la sampai tak dapat nak Miya tulis. So kita
buat list semua kemudahan, kebaikan, kenikmatan yang kita dapat n buat list
juga untuk kemudaratan, keburukan yang kita dapat. So kita buat perbandingan
yang mana lagi banyak kita dapat. Bukan ape, kita kadang-kadang bila ada
masalah mula lah kita nak melatah. Miya xcakap kat sapa-sapa pom tapi benda ni
jadi kat Miya juga. Sebab tu Miya guna kata ganti nama kita or dalam mandarin
ialah wǒmen.
Maaf la kalau ape yang Miya bagitau ni ada yang korang tak setuju ke.
Cara Sujud Syukur
1. Niat.
" sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. takbiratul ihram
angkat tangan
sebagaimana takbir dalam solat
3. satu kali sujud
bacalah doa yg
sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat
atau boleh baca
4. salam
sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."
Tempat
yang paling dekat Allah dengan hambaNya ialah bila bersujud. Tapi kalaulah
tempat itu tak sesuai untuk kita sujud cukuplah sekadar kita ucapkan
'Alhamdulillah' . Dengan perkataan tu pom kita dah menunjukkan kita betol-betol
bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan pada kita.
Maafkan kalau ada salah silap. Kalau post Miya ada salah
tolong tegor ye. Assalamualaikum. Jom Menjadi Ummah yang Sejati. Jom Beramal.
InsyaAllah.
xoxo