''When It's Rains, Look For Rainbows and When It's Dark Looks for Thousand Stars."

Saturday, 20 October 2018

Hukum Jual Beli Kucing


Image result for kucing

Hukum Jual Beli Kucing | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hal ini saya dapat tahu dan tertanya-tanya bila ternampak IG story salah sorang dari member sekolah. 

Kat situ dia ada bagitahu anak-anak kucing dia dah ada orang ambil. Pastu kat situ dia ada mention mengenai hukum menjual beli kucing. 

Sebelum ni mmg saya tak pernah tahu mengenai masalah atau isu ini. Jadi bila da tertanya-tanya ni, saya terus la buat carian. Cari dalam google dan bertanya dengan beberapa orang kawan yang lebih arif dari saya mengenai isu ini.

Okay, sini saya nak share ape yang saya dapat dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SOALAN
Assalamualaikum ustaz,
Saya nak dapatkan pencerahan daripada ustaz, apakah hukum membela kucing & menjual kucing? Adakah hasil penjualan kucing tersebut haram? Terima kasih ustaz. 

JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Para ulama khilaf dalam masalah ini.

Pertama:
Pendapat bahawa kucing ini haram dijualbeli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:

سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ
Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.
Riwayat Muslim (1569)
Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.
Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)
Kedua:
Pendapat jumhur termasuk Mazhab syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual beli kucing.

Tarjih:
Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas.
Selepas membuat pertanyaan demi pertanyaan dengan beberapa orang, so saya tahu apabila sesuatu hukum itu mempunyai khilaf dan ada pendapat jumhur, kebanyakan ulamak akan mengambil pendapat jumhur kerana apabila ada pendapat khilaf ni kita boleh membuat pilihan.

Wallahuaʿlam

xoxo

5 comments

20 October 2018 at 23:26

Alhamdulillah mujur kami tak menjual kucing ..banyak kucing kami..siap dengan rumah kucing lagi..

21 October 2018 at 08:48

@Etuza Etuza banyak sgt tu sampai ada rumah kucing. boleh melawat x meow tu?

22 October 2018 at 12:36

good info :)

25 October 2018 at 12:05

now byk kan bisnes jual kucing.
tq for this info, miya.

13 November 2018 at 06:32

Tq share.. Sha baru tahu..

Post a Comment