''When It's Rains, Look For Rainbows and When It's Dark Looks for Thousand Stars."

Monday, 8 October 2018

Trip Pulau Perhentian - PART 1


Pulau Perhentian, Terengganu | Assalamualaikum semua. Setelah bertahun lamanya nak ke Pulau Perhentian, dapat juga penuhi list Pulau yang ingin dilawati. Alhamdulillah di beri peluang untuk berada di sana 3 Hari 2 Malam. Jadi jom kita melewati 3 Hari 2 Malam di Pulau Perhentian sekali lagi hanya dengan ingatan dan kenangan yang ada.

Alhamdulillah, Miya ke sana dengan 3 orang lagi rakan sekolah rendah, Zulziliana, Mumtazah dan Afiqah. Trip ke Pulau Perhentian ni tidak dirancang dalam masa yang lama pom. Bila tahu je ada cuti 4 hari masa bulan 9 hari tu, terus tanya dalam group nak ke Pulau Perhentian ke x. Than semua orang cakap on, terus Miya survey Pakej Pulau Perhentian. Bila survey ada yang pesan suruh berhati-hati sebab ramai yang kena tipu dengan agent. So Miya contact semua member yang pernah pergi nak tanya mengenai pakej. At the end, Miya ambik dengan Kak Nora iaitu agent dari Belalang Holiday Sdn. Bhd. Boleh klik pada pic untuk direct ke FB Cikganu @ Kak Nora.

FB : Cikganu_Perhentian
 Layanan dari Kak Nora tiptop la. Sebelom pergi Kak Nora bagi tips sebelum ke Pulau. Dia bagitahu ape yg boleh buat kat sana and nak makan kat mana yang murah. Boleh dikatakan tiap masa akan update la dengan pihak kami. Masa kat jetty pom memang Kak Nora jaga macam kami ni adik-adik dia dah. Terima kasih Kak Nora. 

Pakej yang kami ambik ni termasuk :
1. Tiket Boat pergi dan balik
2. Penginapan 3 Hari 2 Malam di Long Beach (Rock Garden Resort)
3. Snorkeling 6 Checkpoint
4. Snorkelling Equipment

Sepatutnya kami nak gerak awal sebab kalau boleh nak masuk Pulau Perhentian awal sebab Kak Nora inform terlalu ramai orang yang masuk Pulau pada hari yang sama sebab kan cuti lama so orang ambik peluang bercuti la kan. Tapi kami hanya merancang dan Allah yang menentukan semuanya kan. Salah sorang dari team kami sampai dekat Kelantan dah lambat sebab gerak lambat dari KL. Jadi kami terpaksa drag waktu bertolak ke Jeti Kuala Besut. Perjalanan dari Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut hanya ambil masa 45 minit sahaja. 

Alhamdulillah pukul 10 lebih sikit kami da sampai di Jeti Kuala Besut dan terus ada yang jemput kami untuk ke tempat parking kereta. Caj untuk parking kereta semalaman ialah RM10.00 so kami 3 hari jadi total parking RM30. Kat situ memang ada pengawasan la untuk kereta so selamat sikit lah dari parking dekat jeti free tapi xde orang jaga. 

Masa kami sampai tu, perghhhhh memang da ramai orang dekat jetty so kami kena tunggu trip seterusnya baru boleh naik jetty.  So sementara menunggu tu memang kami selfie la kan. Memenuhkan memory card masing-masing.

Bersama Kak Nora 
Sempat bergambar, rekod video masa dalam boat. Tapi lagi banyak menikmati pemandangan sebab warna air laut cukup Biru menunjukkan kedalaman laut tersebut. Sungguh memukau mata memandang sebab dapat lihat bukit bukau, langit yang biru, awan berketul-ketul. Bertapa besarnya kuasa Allah kan. Lagi excited bila nak sampai Pulau.


Kautim dengan abang boat.
Selepas 45 minit perjalanan boat kami selamat sampai di Long Beach Resort atau dipanggil Pulau Kecil. Kat sini ada banyak aktiviti yang korang boleh buat berbanding korang stay dekat Pualau Besar. Perjalan dari jetty ke Rock Garden Resort bagi kami teramat la jauh sebab terpaksa mendaki anak tangga sikit pastu dengan bag belakang lagi, bag sisi lagi dengan makanan lagi pastu panas sebab dah tengahari kan. Tapi sekali da sampai dekat bilik, Subhanallah view yang sangat cantik menanti bila buka sliding door.

View dari bilik waktu pagi.
Sesudah sampai di bilik, kami terus menikmati nikmat tilam dan katil sambil menikmati pemandangan laut yang luas. Solat Zohor dan Asar and kami makan maggie curry sebab lapar sangat kan walaupom sebelum naik boat da makan nasi dagang dekat Tok Bali. Lepas tu kami settlekan ape yang patot sebelum keluar bilik menjelajah Pulau Perhentian. Untuk makluman di Pulau Perhentian susah sangat nak dapat line coverage Umobile dan Maxis sebab kami pakai telco tersebut. Telco lain Miya tak sure la ye.






Dalam pukul 4 petang kami keluar dari bilik terus ke Wind Mill Pulau Perhentian. Mula-mula kami ingat pendakian tu tak ambil masa lama macam dalam 15 minit sahaja, tetapi rupa-rupanya ia mengambil masa 30 minit - 40 minit untuk sampai ke kawasan puncak. Ramai je yang naik ke Wind Mill tu sebab depa ingat rendah. Ada pakcik dan makcik naik dengan anak-anak depa. Tapi dari atas kita boleh nampak pemandangan yang sangat menakjubkan. Sampai atas je korang boleh nampak ada Tenaga Solar yang dipasang bagi kegunaan di Pulau Perhentian. Dan segala mengah mendaki terus hilang bila tengok pemandangan yang terbentang di depan mata.







Make New Friends
Sebenarnya wind mill tu ada tangga sampai dekat jetty bawah sana, tapi sangat bahaya sebab besi dah berkarat dan banyak yang dah jatuh, banyak dah berlubang. Jadi kalau sesiapa nak turun sampai bawah sana tolong berhati-hati ye sayang semua. Kebanyakan lelaki la yang berani turun sampai bawah, tapi kami memang halfway je sebab jalan dia nampak berliku dan berbahaya.

Masa perjalanan turun bukit tu memang kena berhati-hati sebab tanah dia tanah pasir so dia macam licin sikit tambah-tambah sesiapa yang pakai selipar. Macam biasa la kan, perjalanan turun tu rasa macam sekejap je dah sampai kawasan pantai. First thing buat da sampai bawah terus lari pergi masuk air sebab tak tahan bertapa jernihnya air pantai. Da setel ambik gambo kitaorg singgah kedai nak makan ABJ. Tengah syok order tiba-tiba hujan lebat turun membasahi Pulau Perhentian, tapi hujan tu lebat dan sekejap sahaja. 



Malam pulak kami lepak kat bilik, duk borak-borak, sambil main masak-masak sikit. Dalam pukul 9 macam tu kami keluar turun bawah tengok "Fire Show". Gambo ada sikit je. Video yang banyak untuk fire show ni.




Settle semua, benda lawak terjadi lagi. Alkisahnya kami tak bawak iron dan Resort tu tak sediakan iron, masing-masing nak iron tudung untuk pakai esok. Datang la idea nak panaskan periuk dan jadikan sebagai iron. Keputusannya, tamat riwayat satu tudung sebab da dibaham oleh periuk yang tgh panas membara. Kemudian depa datang lagi idea nak letak tudung bawah katil. Than depa tido dengan debarannnya. So ape hasil dari kejadian tu ye?? 

Tunggu next post.

XOXO

3 comments

13 October 2018 at 19:55

🤣🤣 part guna periuk tu buat Sha gelak besar.. Macam manalah u all boleh terpikir mcm tu ye.. kreatif.. pernah terkena juga kes iron nie.. sudahnya skrg nie kalau ke mana mana memang kena call tanya dulu tempat penginapan.. ada iron ke tak..
Cadangan sha, beli iron yang kecik dan mudah nak dibawa.. Sha pun tengah aim satu..

14 October 2018 at 23:42

@Shahida Dzulkafli hahaha. sebab orang zaman dulu kan guna iron arang tu. kan depa panaskan dulu iron tu. so egtkan boleh la survive, sekali rosak terus tudung bila first time letak periuk tu.. biasa macam tu la. tp ni excited sangat sbb p pulau x teringat dekat iron.

haah, rasanya kena beli iron kecil satu buat prepare takut sejarah berulang lagi.

25 October 2018 at 12:11

aida x pernah sampai pulau ni, miya.
teringin.
tgk la next year. plan ke satu pulau malaysia yg gojes ni.
air nyer yg jernih.
view yg cantik. aduhai :)
berbaloi pergi, kan...

Post a Comment