''When It's Rains, Look For Rainbows and When It's Dark Looks for Thousand Stars."

Thursday, 10 January 2019

Hidup Secara Positif Hindari Sikap Negatif



Hidup Secara Positif Hindari Sikap Negatif | Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah esok da hari Jumaat iaitu hari yang penuh barakah. Tapi esok Miya banyak appointment luar dengan client sebab da start da musim peak period for account and audit. 

Ok back to the topic. 

"Belajar jadi pemaaf, Berhenti jadi pembenci, berhenti salahkan oran lain dan belajar perbetulkan diri"

1. Belajar jadi pemaaf.  Kita sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita yang membuat salah dan kadang-kadang orang lain pula yang buat salah dengan kita. Kalau geram macam mana sekali pom cuba dan cuba untuk memaafkan kesilapan orang tersebut. Susah untuk kita betul-betul maafkan orang yang buat salah. Macam mana kita nak lupakan salah orang, nak ikhlas maafkan orang. Memang nak tulis, nak cakap senang. Tapi kalau kita selalu ingatkan diri kita, inn shaa Allah kita boleh maafkan dia.

2. Berhenti jadi pembenci. Orang yang ada sikap pembenci ni kemungkinan besar mempunyai masalah hati atau dipanggil penyakit hati. Dia tak boleh nak tengok orang senang, orang gembira bahagia. Mesti dia akan benci dekat orang tu dan cuba untuk membuat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain pom benci juga kepada si dia. Orang yang macam ni memang takkan pernah bahagia. Tak senang duduk bila orang lebih dari dia.

3. Berhenti salahkan orang lain. Kalau setiap manusia tidak mempunyai sikap ini, miya rasa bumi ini cukup aman. Bila seseorang yang buat salah mengaku dengan silap diri sendiri, hal ini boleh mengelakkan dari berlaku pergaduhan atau peperangan mulut. Janganlah kita jadi entiti yang ada di dalam lagu "Bangau Oh Bangau" saling salahkan satu sama lain. Sampai ke sudah leer tak selesai masalah tu.

4. Belajar perbetulkan diri sendiri. Yang ini merupakan satu tindakan yang amat susah nak dilakukan oleh kita. Yang kedua susah kot. Kalau kita cuba sorang diri, kita takkan lama dalam landasan tu. At the end kita akan rasa yang diri kita xsalah, diri kita da buat benda betul dan sebagainya.  Dalam proses ni, kita memang perlukan orang yang betul-betul ikhlas dengan kita, yang boleh tegur salah silap kita supaya kita boleh perbetulkan diri kita. Kalau setiap orang belajar untuk perbetulkan diri sendiri, takkan ada manusia yang kurang baik di Malaysia ni.

Actually ni ape yang ada dalam buku nota masa Form 3 dekat sekolah dulu. Jadi Miya nak share dekat sini takot la Umi Miya terbuang buku nota kesayangan Miya ni. Miya memang banyak buku nota tapi semua sayang nak buang.

Terima kasih daun keladi, kalau sudi baca la lagi.
xoxo