''When It's Rains, Look For Rainbows and When It's Dark Looks for Thousand Stars."

Monday, 14 January 2019

Tuisyen @ Masjid 2019

Tuisyen @ Masjid 2019 | Assalamualaikum semua. Malam ni saja nak share pasal aktiviti Masjid Bandar Seri Putra, Bangi. Miya memang suka dengan Masjid ni sebab memang penuh dengan aktiviti yang berilmiah lagi satu sebab memang miya duduk sini jadi Miya hanyak tahu aktiviti Masjid Bandar Seri Putra je la kan..

Image may contain: text

Kali ni pihak masjid menawarkan program Tuisyen @ Masjid 2019. Program ini merupakan usahamasa syarikat korporat dengan Masjid Bandar Seri Putra. Tuisyen ini ditawarkan untuk yang berumur seawal 4 Tahun sehingga berumur 17 Tahun. 

Kelas akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan juga Ahad. Dan Yuran untuk mengikuti Tuisyen ini ialah RM100.00 setahun (per subjek). Manakala bagi golongan Asnaf pula program ini adalah percuma.

Boleh cepat-cepat daftar sebab kelas da nak bermula pada 02/02/2019. Lagi 3 minggu je. Dan kepada sesiapa yang berminat untuk mengajar boleh hubungi no yang tertera ye.

Semoga Allah merahmati segala usaha kita demi Islam tercinta. Ameen

4 comments

14 January 2019 at 23:52

Bagusnya ada program tuisyen macamni. Balik ke zaman dulu, masjid jadi ruang untuk masyarakat beraktiviti

15 January 2019 at 14:38

terbaek.. good info :)

15 January 2019 at 21:36

@farhanna jafri Kan. Boleh buat orang dekat dengan masjid. Tambah-tambah budak2 dalam umur macam tu

15 January 2019 at 21:36

@ejulz Terima kasih

Post a Comment